Keengganan pihak penganjur perhimpunan Bersih 4 membayar bil tuntutan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) disifatkan seperti kebudak-budakan.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tindakan itu seperti mempersendakan pegawainya yang telah tersilap menghantar surat tuntutan tersebut.
"Penganjur Bersih 4 telah berjanji untuk membersihkan kekotoran yang mereka tinggalkan. Pada masa sama mereka juga gagal untuk menghalang penyokong daripada membuang air kecil di merata-rata tempat.
"Ia jelas menunjukkan sikap mereka (peserta himpunan Bersih 4) melanggar adab kesopanan dan juga mengabaikan kebersihan awam," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Abdul Rahman berkata, beliau sudah mengarahkan Alam Flora untuk menggandakan usaha mereka bagi membersihkan bau hancing demi menjaga keselesaan rakyat Malaysia yang pergi ke perarakan Hari Kebangsaan keesokan harinya.
Beliau berkata, menyerlahkan lagi sikap kebudak-budakan mereka, penganjur Bersih 4 kini mempersendakan inisiden salah alamat apabila pegawai saya cuba menghantar bil kerja-kerja pembersihan tersebut.
Katanya, beliau tidak akan takut dengan cemuhan pihak penganjur dan menegaskan kesilapan itu boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Bagaimanapun, tambahnya lagi, pihaknya akan meneruskan usahakan menghantar bil kerja pembersihan itu kepada pihak penganjur.
"Bil kerja pembersihan tersebut akan diserahkan kepada mereka (penganjur) dan tuntutan akan dibuat. Ia memandangkan Maria Chin (Pengerusi Bersih 2.0) pernah membuat kenyataan mereka berjaya mengutip RM2.4 juta daripada awam bagi penganjuran serta pengurusan himpunan Bersih 4.
"Saya cukup pasti yang bil berjumlah RM65,000 itu tidak sedikit pun akan menjejaskan dana mereka yang berjumlah berjutaan ringgit itu. Sikap mereka yang enggan membayar juga jelas menunjukkan mereka sengaja mempermainkan penderma," katanya.
Abdul Rahman berkata, sekiranya mereka bercadang untuk menganjurkan perhimpunan haram seterusnya beliau merancang untuk menghantar sampah sarap yang ditinggalkan di depan pejabat penganjur.
Malah, katanya lagi, beliau memberi jaminan bahawa kali ini sampah sarap akan dihantar ke alamat yang betul.
Astro Awani
Mon Sep 07 2015
RAHMAN: Ia jelas menunjukkan sikap mereka (peserta himpunan Bersih 4) melanggar adab kesopanan dan juga mengabaikan kebersihan awam. - Gambar Fail
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Nenek tujuh cucu terima pengiktirafan sempena Hari Pekerja Pembersihan
Bekerja di bawah panas dan hujan sama sekali tidak mematahkan semangat buat Nor Pisah Abdul Rahman untuk mencari rezeki sebagai tukang sapu.
Lima bazar Ramadan di Putrajaya hasil 6-7 tan sisa domestik sehari
Hafizudin mengakui terdapat peningkatan sisa domestik jika dibandingkan dengan tahun lepas, susulan pertambahan jumlah peniaga tahun ini.
Alam Flora jangka kumpul 10 tan sampah pada sambutan Hari Kebangsaan
Sebanyak 125 pekerja bersedia menjalankan tugas pembersihan seawal 5 pagi untuk memastikan kawasan sekitar kekal bersih.
Pengurusan sisa: Terengganu kerjasama dengan Alam Flora
Daerah Kuala Terengganu dipilih untuk penilaian lanjut sebelum membentuk kerjasama dengan Alam Flora.
40,000 sisa domestik pada Ramadan tahun ini, tertinggi sejak 2019 - Alam Flora
Sebanyak 40,000 tan metrik sisa domestik dikutip di bandar raya ini setakat hari ke-20 Ramadan tahun ini, meningkat berbanding 32,000 tan metrik tahun lepas.
Alam Flora rancang wujud pusat sehenti kitar semula berskala besar
Alam Flora berhasrat memperluas dan mewujudkan pusat sehenti kitar semula dan pengkomposan berskala besar di ibu kota, dalam usaha mengurangkan jumlah sisa pepejal di tapak pelupusan sampah.
Kutipan sisa pepejal meningkat kepada 33,000 tan ketika Ramadan - Alam Flora
Kutipan sisa pepejal di ibu kota meningkat kepada hampir 33,000 tan semasa Ramadan tahun ini berbanding 27,000 tan dalam tempoh sama tahun lepas.
Bau busuk cemar lorong belakang kedai Prima Setapak
Situasi itu sekali gus mengakibatkan longkang tersumbat dan keadaan permukaan jalan yang lembap dengan bau kurang menyenangkan.
Mabuk: Peraih ikan memandu lawan arus dituduh membunuh
Tiada pengakuan direkodkan dari tertuduh hari ini kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Isteri harap suspek mabuk terlibat kemalangan maut terima hukuman setimpal
Isteri kepada mangsa yang maut akibat dilanggar sebuah kereta yang dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol di sini malam tadi, berharap suspek kejadian itu menerima hukuman sewajarnya.