MALAYSIA
Penganjur program motivasi didakwa tidak bermoral pernah dipanggil MAIS tiga tahun lalu

Mohd Shahzihan (foto) berkata tindakan itu diambil susulan aduan bekas peserta pada 2022 yang mendakwa kandungan modul program berkenaan tidak wajar dan tidak sesuai. -Gambar fail/JAIS
SHAH ALAM: Penganjur program motivasi rumah tangga yang didakwa menjalankan aktiviti tidak bermoral di sebuah pusat konvensyen di sini, pernah dipanggil Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tiga tahun lalu berhubung modul yang digunakan.
Ringkasan AI
- Penganjur program motivasi rumah tangga yang didakwa terlibat dalam aktiviti tidak bermoral pernah dipanggil oleh MAIS pada 2022 susulan aduan peserta mengenai kandungan modul yang tidak sesuai.
- JAIS akan memanggil beberapa individu pada 15 Julai untuk siasatan dan bekerjasama dengan polis, susulan hantaran tular mengenai kejadian di pusat konvensyen pada September lalu.
- Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berkaitan doktrin palsu, dan orang ramai diminta tampil memberi maklumat kepada JAIS.
Mengulas lanjut mengenai hantaran tular mendakwa aktiviti tidak bermoral berlaku di sebuah pusat konvensyen pada September tahun lalu, beliau berkata JAIS tidak menerima sebarang aduan rasmi berhubung perkara itu.
Mengulas mengenai hantaran tular yang mendedahkan aktiviti tidak bermoral telah berlaku di sebuah pusat konvensyen pada September tahun lepas, Mohd Shahzihan berkata pihaknya tidak menerima apa-apa aduan berhubung kejadian itu.
Namun, katanya JAIS akan memanggil beberapa individu pada Selasa depan (15 Julai) bagi membantu siasatan, selain bekerjasama dengan polis mengikut bidang kuasa masing-masing.
Mohd Shahzihan berkata siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 iaitu berkaitan doktrin palsu, kerana disyaki berlaku upacara atau perbuatan yang bertentangan dengan hukum syarak.
"JAIS memandang serius perkara ini dan akan mengambil segala langkah perlu untuk membanteras sebarang aktiviti yang bercanggah dengan hukum syarak serta nilai etika yang ditolak masyarakat di negeri ini dan negara secara umum," katanya.
Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung program terbabit agar menghubungi Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS menerusi talian hotline 1-800-88-2424 atau hadir ke pejabat JAIS.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami