Penganut Kristian di kalangan Bumiputera di Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli akan terus menggunakan kalimah Allah dalam upacara keagamaan dan bahan pendidikannya biarpun Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan sekatan penggunaan kalimah itu tidak bertentangan dengan undang-undang.
Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia, Rev. Dr. Eu Hong Seng berkata keputusan itu tidak meliputi penggunaan kalimah Allah dalam Al-Kitab iaitu Bible dalam Bahasa Melayu.
"Kami berharap Perdana Menteri dan kabinet akan terus menghormati penyelesaian 10 perkara berhubung penggunaan Bible dalam Al-Kitab iaitu Bible dalam Bahasa Melayu," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Penyelesaian 10 perkara itu ditandatangani oleh Najib pada 11 April, 2011, membenarkan pengimportan dan penerbitan kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia dengan penggunaan perkataan 'Allah' tanpa sekatan.
Ho Seng berkata, masyarakat Kristian kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu kerana ia kelihatan seperti "satu tafsiran semula" ke atas kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan di bawah Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, keputusan itu seolah-olah membayangkan agama minoriti hanya boleh diamalkan dan dianuti di negara ini selagi ia tidak menjejaskan "keamanan dan keharmonian" pengikut agama majoriti.
"Gereja berbahasa Melayu telah menggunakan kalimah Allah sejak sebelum Merdeka dan pembentukan Malaysia. Penggunaan kalimah Allah oleh gereja di Malaysia tidak pernah jadi isu selama ini," katanya.
Bagaimanapun pihaknya melihat isu yang timbul ini susulan "apa yang dilakukan atau tidak dilakukan secara berpilih' oleh pihak berkuasa telah mengeruhkan hubungan antara umat Islam dan penganut Kristian dan menjejaskan perpaduan rakyat di negara ini.
Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan, The Herald tidak dibenar menggunakan kalimah ‘Allah’ di dalam edisi bahasa Melayunya.
Keputusan dibuat oleh tiga panel yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali; Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.
Dalam keputusannya, Mohamed Apandi juga berkata penggunaan kalimah ‘Allah’ bukanlah merupakan sebahagian daripada kepercayaan atau amalan agama Kristian.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 memutuskan The Herald boleh menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya kerana kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan tidak memberi kuasa kepada kerajaan untuk menyekat penggunaan kalimah tersebut.
Ia juga berpendapat kalimah Allah bukan milik eksklusif umat Islam dan penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan selagi ia tidak digunakan untuk berdakwah kepada umat Islam.
Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan kemudian merayu keputusan tersebut.
T K Letchumy Tamboo
Mon Oct 14 2013
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
DBKL lanjut tempoh permohonan tapak bazar Ramadan
Ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.
Tentera Rusia berundur dari selatan Syria
Sebuah konvoi kenderaan tentera Rusia dilaporkan berundur dari wilayah selatan Syria menuju ke pangkalan tentera di Tartous, bandar pesisir Latakia, utara negara itu.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Sabtu mengeluarkan sebuah gambar yang memaparkan wajah seorang wartawan dari Amerika Syarikat, Austin Tice yang hilang di Syria pada 2012.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Malaysia #QuranHour 2022 ajak masyarakat hayati erti kemerdekaan - WUIF
Pelakon filem Mat Kilau pula Datuk Adi Putra diberikan penghormatan untuk membacakan ikrar untuk memerdekakan diri dari keburukan di jiwa.
Kembali kepada Tuhan, hadir sesuatu yang berharga dalam kehidupan - Aliff Aziz
Aliff Aziz bercakap tentang kerinduan membuat persembahan, kerinduan pada keluarga dan peluang menebus semula masa lalu.
'Ayah pesan sempurnakan kerja di sana kerana Allah' - Ebit Lew mohon doakan bapa terlantar sakit
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi di media sosialnya tentang berita terbaharu bapanya.
'Teruskan dan jangan berundur, kita mampu kembalikan kehidupan normal' - PM
Muhyiddin menzahirkan rasa kagum atas semangat yang ditunjukkan oleh semua lapisan masyarakat dalam mengekang wabak penularan COVID-19.
Ebit Liew masuk Gaza hari ini, serah dua treler ubat dan keperluan asas kepada rakyat Palestin
Ebit Lew mengakui air matanya tidak dapat dibendung lagi usia mengaminkan doa sejurus bantuan disampaikan.
Ustaz Ebit Lew bawa misi kemanusiaan bantu rakyat Palestin
Ebit Lew dan delegasinya akan menjalani bantuan misi kemanusiaan di Mesir pada 25 - 30 Mei 2021.
Pengawal peribadi dipukul: Kerajaan perlu wujudkan jawatankuasa khas elak hina agama
Kerajaan perlu mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi mengukuhkan perpaduan sesama rakyat pelbagai bangsa dan agama di negara ini.
Ramadan: Jadikan tahun ini sebagai 'reset' beribadah
Jadikan Ramadan tahun ini sebagai peluang menetapkan semula atau 'reset' kehidupan untuk beribadah kepada Allah SWT.
Menjelang Ramadan: Apa maksud fidyah? Siapa wajib membayarnya?
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu.
Munaqasyah kedua isu kalimah Allah dua minggu lagi
Perbincangan kedua berhubung penggunaan kalimah Allah akan diadakan dalam tempoh kira-kira dua minggu lagi.