awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Tiada arahan SD, Bersatu hanya serah nama setelah dititah istana - Muhyiddin
Keputusan kes 1MDB manifestasi keadilan, bukan kemenangan politik - ABIM
Kes 1MDB: Sabitan Najib dedah kegagalan reformasi struktur negara - C4
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah, pemilik syarikat direman empat hari bantu siasatan tuntutan palsu

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
11/01/2023
04:14 MYT
Pengarah, pemilik syarikat direman empat hari bantu siasatan tuntutan palsu
Seorang pengarah dan pemilik syarikat dikenakan reman empat hari hingga 14 Januari bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM20.3 juta insentif pembayaran Projek Penternakan Lembu Tenusu.
ALOR SETAR: Seorang pengarah dan pemilik syarikat dikenakan reman empat hari hingga 14 Januari bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM20.3 juta insentif pembayaran Projek Penternakan Lembu Tenusu.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Alor Setar, hari ini.
Terdahulu, kedua-dua mereka diiringi pegawai SPRM tiba di Lokap Mahkamah kira-kira jam 10.03 pagi tadi.
Sebelum itu, suspek pertama yang juga pengarah syarikat berusia 51 tahun ditahan di pejabat SPRM Negeri Kedah pada jam 1 petang Selasa.
Manakala seorang lagi suspek yang juga pemilik sebuah syarikat ditahan di kawasan Rehat Dan Rawat (RnR) Simpang Renggam, Johor pada 3 petang hari yang sama.
Menurut sumber, penahanan tersebut ekoran maklumat mengatakan pada tahun 2015, beberapa buah syarikat telah bersubahat mengemukakan tuntutan palsu berkaitan insentif pembayaran Projek Penternakan Lembu Tenusu di bawah Kluster Tenusu Entry Point Project 13 (EPP 13) Economy Transformation Plan (ETP) yang bernilai sebanyak RM20.3 juta kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar sedangkan tiada pembekalan dibuat.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap mengesahkan penahanan dua suspek berkenaan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Topic Berkaitan
#tuntutan palsu
#reman
#pengarah
#pemilik syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan