KUALA LUMPUR: [DIKEMAS KINI] Penerbit dan Pengarah filem kontroversi, Mentega Terbang mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret berasingan di sini hari ini, masing-masing atas satu pertuduhan melukakan perasaan agama orang lain, Februari tahun lalu.
Penerbit, Tan Meng Kheng, 37, dan pengarah, Mohd Khairianwar Jailani, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Noorelynna Hanim Abd Halim dan Aina Azahra Arifin.
Mengikut pertuduhan, Meng Kheng dan Mohd Khairianwar yang juga penulis skrip filem itu, didakwa dengan sengaja berniat melukakan perasaan agama orang lain menerusi perkataan dan visual.
Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Jalan Semarak Api 2, di sini, pada jam 12.34 tengah hari, 26 Februari 2023.
Mereka yang hadir dengan memakai kot berwarna hitam, didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama setahun, atau denda, atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Aling mencadangkan setiap tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan mengenakan perintah larang suara mengenai intipati kes ini sehingga selesai.
“Pihak pendakwaan mahu kes ini diadili di mahkamah bukannya diperbahaskan oleh masyarakat di laman sosial kerana dikhuatiri boleh mengganggu prosiding kes.
"Selain itu, mereka diminta melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah,” katanya yang mengendalikan kes itu bersama Timbalan Pendakwa Raya, Abd Malik Ayob serta Nadia Mohd Izhar.
Bagaimanapun, peguam, N Surendran yang mewakili kedua-dua tertuduh, membantah cadangan pihak pendakwaan dengan alasan, ikat jamin yang berkenaan disifatkan terlampau tinggi.
"Saya juga tidak bersetuju dengan perintah larangan untuk membuat sebarang kenyataan kerana syarat itu tidak asas mengikut bidang kuasa mahkamah,” katanya.
Selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak, Mohd Khairianwar dibenarkan ikat jamin RM6,000 dengan masing-masing seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu melapor diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan, sementara jaminan untuk Meng Kheng ialah sebanyak RM6,500.
Kedua-dua tertuduh ini turut dilarang mengeluarkan kenyataan berkaitan kes yang dipertuduhkan sehingga kes tersebut dilupuskan.
Kedua-dua mahkamah kemudian menetapkan 14 Mac depan untuk sebutan semula kes.
Sebelum ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan, platform penstriman Viu menghentikan tayangan Mentega Terbang pada 27 Februari tahun lalu.
SKMM menjelaskan, walaupun tidak mempunyai kuasa menapis filem dan drama televisyen kerana tidak berada di bawah bidang kuasanya, suruhanjaya itu sudah menghubungi Viu sebelum mengesahkan penamatan filem berkenaan.
Pembikinannya dikatakan menyentuh perbezaan dan persamaan agama-agama utama di Malaysia, telah mendapat kritikan orang ramai dan penggiat seni.
Filem Mentega Terbang arahan Mohd Khairi Anwar Jailani ini diterbitkan Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment dengan menampilkan pelakon Syumaila Salihin, Firdaus Karim, Nik Waheeda, Arjun Thanaraju, Khairunazwan Rodzy, Shyamala Kandapper dan Jesebel Lee.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) kemudiannya mengharamkan filem itu pada 1 September tahun lalu, yang mana kedua-dua lelaki terbabit mendakwa ia satu tindakan tidak rasional yang melanggar kebebasan bersuara dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ditayangkan menerusi platform penstriman, filem berdurasi 104 minit itu mengisahkan 'konflik keagamaan' yang dihadapi seorang remaja beragama Islam bernama Aisyah, yang mempelajari agama lain terutama dalam mencari jawapan kepada persoalan hidup selepas mati.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati filem itu secara jelas bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 17 2024
Mohd Khairianwar (kiri) dan Meng Kheng (kanan) yang hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi menghadapi masing-masing satu pertuduhan melukakan perasaan agama orang lain, hari ini. - Gambar Sinar Harian
PRK KKB: Komuniti Orang Asli perlu sokong calon PH - Ramli
Seruan itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan komuniti Orang Asli memandangkan mereka merupakan pengundi setia BN.
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Pengarah, penerbit Mentega Terbang dapat kebenaran cabar perintah larang tayang filem
Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada pengarah dan penerbit filem Mentega Terbang untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar perintah kerajaan yang melarang tayangan filem itu.
Polis ambil kenyataan pengarah, pelakon 'Mentega Terbang'
Khairi Anwar Jailani dan salah seorang pelakonnya, Arjun Thanaraju memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman siang tadi.
Filem 'Mentega Terbang': Polis buka kertas siasatan
Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, D5 Bukit Aman di bawah Seksyen 298A KK, Seksyen 505 (b) KK dan Seksyen 233 AKMM 1998.
Isu Mentega Terbang: Jangan hipokrit... Kenapa PN tidak ambil tindakan waktu itu? - Fahmi
Fahmi Fadzil mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang cuba membangkitkan provokasi mengenai Mentega Terbang pada ketika ini, sedangkan filem itu mula dikongsi di media sosial sejak April 2021.
Kontroversi filem Mentega Terbang: Kerajaan serah kepada Finas, SKMM buat siasatan - Menteri
Kerajaan menyerahkan SKMM dan Finas untuk menyiasat filem kontroversi Mentega Terbang yang didakwa menyentuh sensitiviti agama Islam.
Filem 'Mentega Terbang' jelas bertentangan dengan akidah Islam - Mohd Na'im
Jakim akan mengemukakan ulasan terperinci kepada MCMC, agar tindakan dapat diambil berpandukan undang-undang sedia ada.