awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengasas Bersama Undi18, Qyira Yusri dilantik Penasihat Khas Belia kepada Pesuruhjaya EU

Astro Awani
Astro Awani
01/04/2022
20:45 MYT
Pengasas Bersama Undi18, Qyira Yusri dilantik Penasihat Khas Belia kepada Pesuruhjaya EU
Pengasas Bersama Undi18, Qyira Yusri dilantik sebagai Penasihat Khas Belia kepada Pesuruhjaya Kesatuan Eropah (EU) Jutta Urpilainen. - Foto Facebook/Qyira Yusri
KUALA LUMPUR : Pengasas Bersama Undi18, Qyira Yusri dilantik sebagai Penasihat Khas Belia kepada Pesuruhjaya Kesatuan Eropah (EU) Jutta Urpilainen.
Beliau menggantikan Bitania Lulu Berhanu dari Ethopia, yang menjadi belia pertama memegang jawatan itu pada tahun lalu.
Dalam satu kenyataan, Suruhanjaya Eropah berkata, Qyira akan membantu membentuk dasar kerjasama antarabangsa EU khususnya dalam memberi nasihat tentang pemerkasaan belia dan penyertaan politik.
"Kepakaran yang beliau miliki akan menyumbang kepada tindakan luar EU yang lebih partisipasi, relevan, dan berkesan untuk orang muda," kata kenyataan pada Jumaat.
Sepanjang menerajui Undi18, Qyira juga banyak memperjuangkan isu seperti pendidikan pengundi, hak asasi manusia, pembaharuan dasar dan pembangunan kepimpinan.
Komitmennya terhadap isu sosial membolehkan Qyira diiktiraf dalam Forbes Asia 30 under 30 melalui Kategori Impak Sosial 2020.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Komunikasi serta Pengajian Jantina dan Wanita dari Western Michigan University.
Topic Berkaitan
#EU
#Undi18
#Qyira Yusri
#Penasihat Khas Belia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan