SEPANG: Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya seorang bayi perempuan berusia empat bulan sehingga mengalami kecederaan fizikal.
Nur Anis Idayu Mohd Khir, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang didakwa dilakukan di sebuah unit kondominium di Southville City, Dengkil pada 15 Nov lepas antara 11 pagi hingga 5.43 petang.
Wanita itu dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan
Timbalan Pendakwa Raya Nor Shazwani Abdullah memohon mahkamah tidak memberikan jaminan kepada tertuduh kerana ia kesalahan yang tidak boleh dijamin namun mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 jika mahkamah membenarkannya.
Peguam Ridzwan Warisi memohon mahkamah membenarkan anak guamannya diikat jamin atas alasan tertuduh tidak mempunyai rekod jenayah dan tidak dapat mendekati saksi serta mangsa memandangkan telah berpindah ke rumah kakak iparnya.
Hakim Dr Azrol Abdullah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain dilarang mengganggu saksi dan mangsa.
Mahkamah menetapkan 20 Dis ini untuk sebutan kes.
Nur Anis Idayu yang memakai baju kurung berwarna hijau hadir di mahkamah ditemani suami dilihat menangis teresak-esak selepas membayar wang jaminan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2023
Wanita itu dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Gambar hiasan
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia mudah tewaskan India, mara ke separuh akhir
Malaysia menepati ramalan mara ke peringkat separuh akhir acara berpasukan selepas mengetepikan cabaran India pada aksi suku akhir kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing
Jabatan Imigresen menahan 51 warga asing di sebuah pusat pelacuran dalam operasi khas di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur pada Khamis.
Orang muda Malaysia perlu lantang bersuara bagi Palestin
Justeru, mengambil contoh langkah dilakukan mahasiswa di Amerika Syarikat, Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin Dr Abdullah Waleed menyeru orang muda di Malaysia melakukan langkah yang sama, menyeru dunia memandang isu pembunuhan beramai-ramai di Gaza, sebagai sebuah krisis kemanusiaan.
Gudang bantuan di Gaza kini kosong
Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin, Dr Abdullah Waleed berkata susulan halangan bantuan memasuki radah, tiada bantuan boleh memasuki bumi Gaza.
Korban rakyat Palestin meningkat kepada 35,857 orang
Angka korban rakyat Palestin meningkat kepada 35,857 dan 80,293 yang lain cedera menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
AWANI Ringkas: Faisal Halim dibenar pulang hari ini atau esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan bentang RUU Suruhanjaya Gig Julai ini - Anwar
Kerajaan akan membentangkan rang undang-undang berkaitan Suruhanjaya Gig di Parlimen pada Julai ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3 bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang mula beroperasi Jun - Dr Dzulkefly
Sebanyak tiga daripada empat bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang (PJS), Selangor akan mula beroperasi untuk kegunaan pembedahan elektif dan kecemasan pada bulan hadapan (Jun).
Agong berkenan rasmi Hari Landskap Negara 2024
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di Taman Tasik Shah Alam di sini.
Ahmad Zahid tiba di Shanghai, teruskan lawatan rasmi di China
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini hari ini, bagi meneruskan lawatan rasminya ke China yang bermula 22 Mei hingga 1 Jun.
Sampel organ bayi maut di rumah pengasuh diambil untuk siasatan lanjut - Polis
Punca kematian bayi perempuan berusia tiga bulan di rumah pengasuhnya di Presint 15, Putrajaya, Selasa lalu, masih belum dikenal pasti.
Polis tahan pengasuh disyaki dera kanak-kanak
Polis menahan seorang wanita pada Khamis selepas disyaki terbabit dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, di Jalan Ampang Indah.
Bayi empat bulan maut tersedak susu di rumah pengasuh
Seorang bayi lelaki berumur empat bulan yang dirawat kerana disyaki tersedak susu dalam kejadian pada Selasa, disahkan meninggal dunia pada Rabu.
Kehilangan Zayn Rayyan menusuk hati, hanya kenangan pengubat rindu
Pemergian kanak-kanak berusia enam tahun, Zayn Rayyan Abdul Matiin meruntun jiwa jutaan rakyat Malaysia.
Pengasuh mengaku tidak bersalah aniaya bayi
Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya seorang bayi perempuan berusia empat bulan sehingga mengalami kecederaan fizikal.
Pengasuh warga Indonesia didakwa abai bayi 2 bulan hingga maut
Seorang pengasuh warga Indonesia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas satu pertuduhan mengabaikan bayi perempuan, Qaseh Aulia Faizul yang berusia dua bulan, sehingga maut.
Polis akan laksana tapisan pengasuh, semak rekod jenayah - Nancy
KPWKM akan bekerjasama dengan polis bagi melaksanakan tapisan latar belakang melibatkan pengasuh taska serta proses sebelum ia didaftarkan.
Polis tahan pengasuh dera kanak-kanak dua tahun
Polis menahan seorang pengasuh sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini semalam, kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan di bawah jagaannya.
Cuai jaga bayi: Pengasuh taska didenda RM40,000, khidmat masyarakat
Seorang pengasuh taska didenda RM40,000 dengan bon berkelakuan baik dua tahun dan diperintah menjalani khidmat masyarakat 100 jam selepas mengaku bersalah cuai terhadap dua orang bayi.
Tiada unsur dera, abai bayi tersedak susu di rumah pengasuh - Polis
Kematian bayi perempuan berusia 11 bulan yang dipercayai tersedak susu di rumah pengasuhnya di Ayer Molekpagi semalam disahkan tiada unsur penderaan mahupun pengabaian.