awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengasuh Ummar Zayyan direman 7 hari

Bernama
Bernama
25/08/2018
05:19 MYT
Pengasuh Ummar Zayyan direman 7 hari
Muhammad Ummar Zayyan Mohamad Haikal Hafiz (gambar) dikatakan tidak sedarkan diri ketika dalam jagaan pengasuhnya. - Gambar fail
Seorang pengasuh berumur 23 tahun direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung seorang bayi lelaki empat bulan, Muhammad Ummar Zayyan Mohamad Haikal Hafiz, yang tidak sedarkan diri ketika dalam jagaannya.
Ketua Polis daerah Seremban ACP Thiew Hock Poh berkata permohonan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman Seremban, Haryatie Mohd Saini.
"Ia bagi membolehkan pihak polis membuat siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Semalam, wanita itu ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Seremban pada 8.45 malam.
BACA: 'Tolong doakan anak saya...' - Ibu Muhammad Ummar Zayyan
BACA: Polis tahan pengasuh Ummar Zayyan
Media sebelum ini melaporkan ibu kepada Muhammad Ummar Zayyan, Zura Emilia Mokhtar berkata anaknya yang masih belum sedarkan diri kini sedang dirawat di Pusat Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) dekat sini.
Doktor yang merawat mengesahkan anaknya mengalami pendarahan dalam otak dan mata serta diberi bantuan pernafasan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bayi
#Kanak-kanak
#mahkamah
#Muhammad Ummar Zayyan Mohamad Haikal Hafiz
#polis
#Seremban
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan