awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengawal keselamatan tumbuk, tendang isteri dipenjara tiga bulan

Bernama
Bernama
04/03/2022
07:12 MYT
Pengawal keselamatan tumbuk, tendang isteri dipenjara tiga bulan
Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya berumur 42 tahun, di rumahnya di Kampung Sungai Bakau Rawang, pada 5.03 petang, 2 Mac lepas. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan dipenjara tiga bulan dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini kerana menumbuk isterinya di bahagian belakang kepala dan badan selain menendangnya hingga jatuh.
Majistret Nur Hafizah Rajuni menjatuhkan hukuman itu selepas M. Dhurai Singham, 48, mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan wanita itu dan memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya berumur 42 tahun, di rumahnya di Kampung Sungai Bakau Rawang, pada 5.03 petang, 2 Mac lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisak Hassni memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh agar tidak mengulangi kesalahan itu.
Dhurai Singham yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana dia berpendapatan rendah dan perlu menyara tiga anak.
Berdasarkan fakta kes, lelaki tu naik angin dan menumbuk pengadu (isteri) selepas ditanya mengenai wang sewa rumah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengawal keselamatan dipenjara tiga bulan
#mahkamah majistret selayang
#M Dhurai Singham
#Kampung Sungai Bakau Rawang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan