awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengawal peribadi halang penjenayah serang 'Datuk' dengan parang

Hakim Rahman
Hakim Rahman
11/01/2016
09:25 MYT
Pengawal peribadi halang penjenayah serang 'Datuk' dengan parang
pasukan forensik polis menemui 7 kelonsong peluru, 1 anak peluru, 2 bilah parang berukuran 10 inci dan sehelai baju di lokasi kejadian. - Gambar hiasan
Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' berdepan detik cemas selepas dia dan rakannya diserang penjenayah yang bersenjatakan parang di Jalan 4, Jalan Chan Sow Lin, dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, penjenayah itu bersama seorang rakannya bertindak menyerang 'Datuk' terbabit yang sedang bersarapan di sebuah gerai di tepi jalan itu.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin, berkata salah seorang penjenayah terbabit kemudiannya menyerang rakan 'Datuk' berkenaan di bahagian belakang dan muka.
"Pegawai peribadi mangsa itu bertindak menembak penjenayah berkenaan mengakibatkan salah seorang penjenayah itu terkena tembakan dan seorang lagi berjaya melarikan diri.
"Suspek yang ditembak itu rebah di tepi jalan berhampiran dengan gerai berkenaan manakala rakan suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta yang sedang menunggu di hujung jalan," katanya.
Seorang pekerja di gerai berkenaan iaitu seorang remaja berusia 17 tahun turut tercedera terkena serpihan peluru.
Tambahnya pasukan forensik polis menemui 7 kelongsong peluru, 1 anak peluru, 2 bilah parang berukuran 10 inci dan sehelai baju di lokasi kejadian.
Topic Berkaitan
#Chan Sow Lin
#parang serang
#pengawal peribadi
#polis
#tembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan