JOHOR BAHRU: Seorang pekerja sambilan cat kereta ditahan selepas didakwa memuat naik komen berunsur penghinaan terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan institusi Diraja Johor di media sosial, pada Jumaat.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata suspek lelaki tempatan berusia 42 tahun itu ditahan di kediamannya di Ulu Tiram, Johor pada jam 9.25 malam.
Katanya tangkapan dibuat selepas pihak polis menerima laporan daripada Ketua Unit Media, Pejabat Komunikasi dan Keluarga Diraja Johor berhubung komen di twitter atas nama 'zion74rey @ reymizion74' pada jam 2.30 petang, hari sama.
"Suspek ini kerja sambilan sebagai pengecat kereta. Dia pernah ada dua kes sebelum ini Seksyen 448 ceroboh dan khianat tahun lepas. Ceroboh sudah dijatuhkan hukum. Khianat pernah ditangkap. Dakwaaan berlaku ketidakpuasan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor, Johor Bahru.
BACA: 'Datuk Seri' guna nama TMJ tukar mata wang asing USD5 trilion diburu polis
Dalam serbuan itu pihak polis turut merampas peralatan dan peranti yang dipercayai digunakan untuk membuat komen jelik terbabit.
Antaranya satu unit telefon, satu komputer dan peranti USB.
Keterangan suspek disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Dalam perkembangan lain, Ayob Khan berkata polis telah merekodkan keterangan dua suspek iaitu wanita bergelar 'Datuk Seri' dan peguam bagi kes melibatkan pemalsuan dokumen surat aku janji bagi menjalankan urusan pertukaran mata wang asing menyalahguna nama Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, semalam.
Katanya tiga lagi individu yang ada kaitan sedang dikesan.
Sebelum ini, media melaporkan polis Johor memburu tiga individu tempatan dipercayai terbabit dengan kes pemalsuan dokumen surat akujanji bagi menjalankan urusan pertukaran mata wang asing menyalahguna nama TMJ.
Ia membabitkan dokumen 'letter of undertaking' pertukaran mata wang dolar Amerika Syarikat (AS$) kepada ringgit yang dipercayai palsu.
Astro Awani
Sun Oct 10 2021
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata suspek lelaki tempatan berusia 42 tahun itu ditahan di kediamannya di Ulu Tiram, Johor pada jam 9.25 malam. - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Pengecat kereta ditahan bantu siasatan kes hina Sultan Johor, TMJ - Ayob Khan
Seorang pekerja sambilan cat kereta ditahan selepas didakwa memuat naik komen berunsur penghinaan terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan institusi Diraja Johor di media sosial