SINGAPURA: Mahkamah Rayuan Singapura membebaskan seorang warga Malaysia G Punithan yang dijatuhi hukuman mati kerana mengedar 28.5g diamorfin ke republik itu, selepas menimbangkan bukti baharu.
Punithan dijatuhi hukuman mati pada Mei 2020, orang pertama dijatuhkan hukuman semasa pandemik COVID-19, melalui pembicaraan jarak jauh.
Dalam siasatan, dia dikenal pasti seorang daripada dua penghantar dadah sebagai dalang dalam transaksi dadah yang berlaku pada 28 Okt 2011.
Sebelum itu, Punithan memperkenalkan kedua-dua kurier itu pada 12 Okt 2011 bagi memudahkan transaksi dadah yang akan berlaku di tempat letak kereta West Coast McDonald.
"Dalam rayuan ini, kami tidak mengambil berat tentang peristiwa membabitkan kurier yang berlaku pada 28 Okt 2011," kata Hakim Tay Yong Kwang yang membacakan keputusan mahkamah.
Penghakiman penuh dikeluarkan di laman sesawang mahkamah pada Isnin.
Selain Hakim Tay, kes itu dibicarakan di hadapan Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon dan Hakim Andrew Phang.
"Persoalan utama dalam rayuan ini ialah sama ada terdapat mesyuarat tiga pihak pada 12 Okt 2011 kerana itulah kaitan yang didakwa antara perayu dan transaksi dadah melibatkan kurier yang berlaku pada 28 Okt 2011.
"Pihak pendakwaan mendakwa daripada "hasil mesyuarat itulah" kurier menjalankan transaksi dadah tersebut.
"Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk membuktikan tanpa keraguan munasabah bahawa 'pertemuan pengenalan' itu berlaku yang membuktikan niat bersama perayu dan kurier untuk mengedar dadah," kata Hakim.
Menurut Hakim terdapat percanggahan dalam keterangan mengenai tarikh dan masa hari 'mesyuarat pengenalan seperti yang didakwa' itu pada Perbicaraan 2014 dan Perbicaraan 2018 sebelum ini.
Punithan mengemukakan bukti baharu termasuk kenyataan penyiasatan daripada kurier, laporan jejak panggilan syarikat telekomunikasi untuk salah satu telefon kurier, dan rekod pergerakan Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) salah seorang kurier terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 31 2022

Punithan dijatuhi hukuman mati pada Mei 2020, orang pertama dijatuhkan hukuman semasa pandemik COVID-19, melalui pembicaraan jarak jauh. - Gambar hiasan

BAMTC: Kurangkan kebergantungan kepada Zii Jia
Pasukan negara yang menurunkan barisan terkuat mereka harus menggunakan kelebihan pemain lain dalam usaha mencatat kejayaan membanggakan.

Lebih 30 individu pelbagai agama dalam Jawatankuasa Keharmonian - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara telah menyenaraikan lebih 30 individu daripada pelbagai penganut agama dalam Jawatankuasa Keharmonian, sebagai usaha untuk menyampaikan mesej perpaduan dalam kalangan kaum

Kampar dan Batu Gajah bakal nikmati rangkaian 5G selepas Ipoh - Exco
Daerah Kampar dan Batu Gajah kini dalam radar kerajaan Perak untuk menikmati liputan internet berkelajuan tinggi 5G selepas bandar raya Ipoh.

Jualan Proton meningkat 162 peratus tahun ke tahun pada Januari 2023
Jualan Proton Holdings Bhd meningkat sebanyak 162.3 peratus tahun ke tahun dengan 11,681 unit kenderaan dijual pada Januari 2023 sekali gus mencatatkan jualan Januari yang terbaik sejak 2013.

Kampung Redang Panjang, Selama dilanda banjir kilat
Hujan lebat selama dua jam itu turut mengakibatkan air sungai melimpah ke jalan utama dan rumah berdekatan.

Cubaan Bunuh | Lelaki bersalah cuba bunuh Ratu Elizabeth dua tahun lalu
Seorang lelaki mengaku bersalah atas cubaan membunuh mendiang Ratu Elizabeth II, dua tahun lalu. Lelaki berkenaan dikenali sebagai Jaswant Singh Chail, 21 tahun ditangkap di Istana Windsor pada 25 December, 2021, ketika perayaan Hari Natal.

Pencemaran Udara | Bangkok, 42 wilayah lain catat Indeks Udara Tidak Sihat
Jerebu menyelubungi Bangkok dan 42 wilayah di Thailand pada Jumaat apabila skala PM2.5 direkodkan melebihi paras selamat iaitu 50 mikrogram setiap meter padu Wilayah yang terjejas termasuk Nonthaburi, Samut Prakan, Ayutthaya, Buriram, Chiang Mai, Chiang Rai dan Chon Buri.

Rusia-Ukraine | Ukraine bimbang kemungkinan serangan dari Belarus
Ukraine melahirkan kesangsian selepas pasukan tentera udara Rusia yang terlibat dalam latihan bersama tentera udara Belarus tidak kembali ke pangkalan tetapnya meskipun latihan itu telah tamat Rabu lalu. Latihan yang bermula 16 Januari itu mencetuskan kebimbangan Kyiv mengenai kemungkinan Moscow akan mendesak Minsk menyertai perang menentang Ukraine.

Krisis Rusia-Ukraine | EU bakal kenakan sekatan baharu terhadap Rusia
Kesatuan Eropah (EU) mengambil keputusan untuk mengenakan sekatan-sekatan baharu terhadap Rusia bermula 24 Februari 2023. Sekatan-sekatan itu merangkumi 10 tindakan antaranya mengenakan tambahan bagi harga siling buat produk-produk minyak keluaran Rusia.

Serangan | 21 maut dalam serangan di Sudan Selatan sebelum lawatan Pope
Sekurang-kurangnya 21 individu terbunuh dalam serangan bersenjata di Sudan Selatan sehari sebelum lawatan Pope Francis ke negara itu. Berdasarkan laporan media tempatan, mereka terbunuh dalam satu serbuan yang dilakukan individu bersenjata di ladang lembu di Kajo-Keji County di Equatoria tengah.

Malaysia-Singapura perkukuh kerjasama perlindungan data, keselamatan siber dan ekonomi digital
JCM mengeratkan lagi hubungan baik dan kerjasama kukuh antara kedua-dua negara dalam bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital.

Singapura: Remaja 18 tahun rancang letup kubur Habib Noh ditahan bawah ISA
Seorang pelajar warga Singapura berusia 18 tahun ditahan pada Disember 2022 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Konsert Muzika Esktravaganza buktikan hubungan erat Malaysia-Singapura - Fahmi
Program itu merupakan acara penutup kepada penganjuran JCM Keenam Bidang Penerangan dan Komunikasi bagi kedua-dua negara.

Malaysia-Singapura bincang adakan Persidangan Meja Bulat Sekuriti Siber
Malaysia dan Singapura akan berbincang mengenai keperluan mengadakan Persidangan Meja Bulat Sekuriti Siber Malaysia-Singapura pada setiap tahun dalam usaha mempertingkatkan keselamatan siber.

Saham YTL Power naik selepas umum kerjasama dengan TNB bekal elektrik ke Singapura
Saham YTL Power International Bhd naik 1.5 sen kepada 74.5 sen selepas ia mengumumkan kerjasama dengan unit TNB untuk membekalkan 100 megawatt (MW) elektrik dari Malaysia ke Singapura.

Rangka kerjasama ekonomi digital Malaysia-Singapura boleh jadi contoh kepada negara ASEAN - Tengku Zafrul
Rangka kerja itu merupakan inisiatif untuk meningkatkan kerjasama dua hala dalam bidang ekonomi digital dan ekonomi hijau.

Malaysia-Singapura tingkat kerjasama keselamatan data, ekonomi digital - Fahmi
Malaysia dan Singapura menandantangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mempromosikan kerjasama aspek data, keselamatan siber dan ekonomi digital.

PM arah tambah anggota Kastam, Imigresen di Tambak Johor untuk atasi kesesakan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan penambahan anggota kastam dan imigresen dibuat serta merta di tambak Johor.

Malaysia perlu utamakan bekalan makanan negara sebelum eksport ke Singapura
Malaysia harus menilai semula eksport makanan ke Singapura. Keutamaan sepatutnya kepada keperluan rakyat tempatan, memandangkan keselamatan makanan berkait rapat dengan kedaulatan negara.

Keterjaminan makanan bidang baharu untuk diteroka bersama Singapura - Anwar
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat bidang keterjaminan makanan sebagai salah satu bidang yang boleh diteroka bersama dengan Singapura.