awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengerusi baharu MARA akan diumum Rabu ini

Bernama
Bernama
22/09/2018
13:12 MYT
Pengerusi baharu MARA akan diumum Rabu ini
Menteri Kemajuan Luar Bandar, Rina Mohd Harun berharap pelantikan pengerusi baharu itu akan dapat memantapkan lagi MARA. - Gambar fail/BERNAMA
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan mengumumkan pengerusi baharunya pada Rabu ini.
Menteri Kemajuan Luar Bandar, Rina Mohd Harun berharap pelantikan pengerusi baharu itu akan dapat memantapkan lagi MARA.
Katanya satu sidang media khas akan dilakukan di Pejabat MARA pada Rabu ini.
"Seperti mana yang saya maklumkan sebelum ini pengerusi MARA perlulah seorang yang profesional dan betul-betul boleh membantu MARA kerana ianya adalah sebuah insitusi yang besar dan lengkap serta merangkumi pelbagai aspek termasuk pendidikan dan keusahawanan.
"Saya berharap bakal pengerusi baharu MARA dapat memainkan perananya untuk kebaikan kepada semua pihak termasuk MARA dan Bumiputera khasnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Memancu Ekosistem Rangkaian dan Capaian Usahawan (MERCU) dengan tema Aspirasi Keusahawan Bumiputera di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
Dalam perkembangan lain, Rina berkata program MERCU adalah merupakan sebuah program menyeluruhkan bagi membimbing usahawan bermula daripada peringkat asas seperti mendaftar peniagaan hingga ke peringkat membimbing usahawan.
"Kalau boleh kita ingin lahirkan seramai mungkin usahawan bumiputera yang berjaya kerana mereka kreatif namum mereka perlukan bimbingan daripada agensi berkaitan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Amanah Rakyat
#MARA
#Menteri Kemajuan Luar Bandar
#MERCU
#MITC
#pengerusi baharu
#Rina Harun
#Rina Mohd Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan