awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kematian lelaki di Taman Tasek Damai dipercayai akibat tembakan di dada
MALAYSIA
Polis siasat dakwaan Ah Long bakar rumah di Tasek Gelugor
MALAYSIA
JPJ, APAD diarah tingkat pemantauan terhadap pesalah trafik berulang - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Pengerusi IKIM Dr Muhammad Nur Manuty meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
26/06/2025
05:40 MYT
Sponsor Banner
Pengerusi IKIM Dr Muhammad Nur Manuty meninggal dunia
Prof. Datuk Dr Muhammad Nur Manuty meninggal dunia pada pukul 11.27 pagi tadi di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang. - Sumber foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Profesior Datuk Dr Muhammad Nur Manuty meninggal dunia pada pukul 11.27 pagi tadi di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.
Berita pemergian tokoh ilmuwan dan pendakwah disegani itu dimaklumkan oleh Pegawai Khas beliau, Firhan Rosli dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, pemergian Allahyarham Muhammad Nur, 76, disifatkan sebagai kehilangan besar kepada umat Islam dan negara.
"Marilah kita sama-sama mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosa-dosa beliau, dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang soleh dan beriman," tulisnya.
Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa ke kediaman beliau di Bandar Baru Bangi sebelum solat jenazah diadakan di Masjid Al-Umm, Bandar Baru Bangi selepas solat Asar.
Muhammad Nur dikenali sebagai seorang mentor yang banyak menyumbang dalam pembangunan intelektual dan pemikiran Islam di Malaysia.
Sepanjang hayatnya, beliau aktif dalam pelbagai usaha dakwah dan pendidikan, serta sering menjadi rujukan dalam isu-isu berkaitan kefahaman Islam.
Allahyarham Muhammad Nur dilantik sebagai Pengerusi IKIM berkuat kuasa pada 8 Mei 2023.
Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), selain bertugas sebagai Pensyarah Kanan dan Profesor Madya di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dari tahun 1983 hingga 1999.
Allahyarham kemudian memasuki bidang politik dan pernah bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 pada tahun 1999 di kawasan Parlimen Larut dan PRU ke-13 di kawasan Parlimen Bagan Serai.
Topic Berkaitan
#Prof Datuk Dr Muhammad Nur Manuty
#Pengerusi IKIM meninggal dunia
#berita dalam negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami