awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rakyat Sarawak diingat pertahankan maruah negeri
FAM maklum FIFA, AFC mengenai peletakan jawatan semua Exco
[TERKINI] Ketua Pengarah, Timbalan KP JAS ditahan SPRM berkaitan isu e-waste
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengerusi MyWatch dituduh memalsukan kelayakan akademik

Bernama
Bernama
25/08/2016
08:41 MYT
Pengerusi MyWatch dituduh memalsukan kelayakan akademik
Kesalahan-kesalahan yang didakwa itu telah dilakukan di Cheras Leisure Mall, Taman Segar, Cheras di sini pada 1 Jun, 2013. - Gambar fail
Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah Malaysia (MyWatch) Datuk R.Sri Sanjeevan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini sekali lagi bagi menghadapi pertuduhan menipu dengan memalsukan kelayakan akademiknya.
Sanjeevan, 32, mengaku tidak bersalah di hadapan majistret Mohd Faizal Ismail selepas tuduhan itu dibacakan kepadanya.
Dia dituduh memperdaya seorang pengarah syarikat S.Sivam, 53, dengan mendakwa dia (Sanjeevan) memiliki ijazah undang-undang dan perniagaan dari Northumbria University dan satu lagi dari Camden University bagi melantiknya sebagai perunding perniagaan dengan Solid Transactions Sdn Bhd.
Tindakan tertuduh menyebabkan Sivam menyerahkan lebih RM95,000 kepadanya (Sanjeevan).
Dia dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada setahun dan tidak melebihi 10 tahun. Dia juga boleh dihukum sebat dan denda, jika sabit kesalahan.
Sanjeevan juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan menipu Sivam dengan mempercayai bahawa dia memiliki dua ijazah undang-undang dan perniagaan daripada universiti yang sama bagi melantiknya sebagai perunding perniagaan di syarikat yang sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara untuk tempoh sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kesalahan-kesalahan yang didakwa itu telah dilakukan di Cheras Leisure Mall, Taman Segar, Cheras di sini pada 1 Jun, 2013.
Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa memohon supaya mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM20,000.
Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Sanjeevan merayu kepada mahkamah agar mengurangkan jumlah itu kerana jaminan RM20,000 itu tidak adil dan anak guamnya juga mempunyai tiga lagi pertuduhan lain yang kini sedang dibicarakan.
Majistret menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Okt untuk sebutan semula.
Sanjeevan turut mengaku tidak bersalah bulan lalu dan awal bulan ini untuk tuduhan peras ugut di Negeri Sembilan, Pahang dan Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#akademik
#camden university
#MyWatch
#northumbria university
#R Sri Sanjeevan
#solid transactions sdn bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan