Ancaman pengganas nuklear yang mempunyai impak besar kepada keselamatan dunia menjadi topik utama perbincangan pada Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear (NSS) di sini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata isu ancaman penganas nuklear bukan sahaja menjadi kepentingan sesebuah negara malah kepentingan sejagat kerana keselamatan global adalah perkara yang penting.
"Untuk itu, keperihatinan dan kepedulian pemimpin-pemimpin dunia mengenainya adalah amat penting," katanya kepada pemberita Malaysia pada Khamis malam.
Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi Datuk Seri Madius Tangau.
Ahmad Zahid berkata perkara itu dizahirkan pada perbincangan semasa majlis makan malam yang dihoskan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sempena NSS yang bertema 'Evaluating the Threat' (Menilai Ancaman) di White House di sini, yang dihadiri ketua-ketua delegasi daripada 53 negara.
Ahmad Zahid berkata antara yang dibangkitkan ialah tiga senario yang boleh berlaku kepada dunia berkaitan senjata dan aset nuklear.
Senario pertama sekiranya senjata nuklear jatuh ke tangan pengganas dan digunakan untuk menghancurkan negara-negara yang menjadi tumpuan mereka.
Senario kedua sekiranya pengganas merampas dan menggunakan aset nuklear, terutama di kawasan reaktor tenaga itu yang dijadikan janakuasa, yang boleh menyebabkan kemusnahan di kawasan itu.
"Senario ketiga mengenai rampasan bahan nuklear rentan yang boleh dijadikan senjata nuklear," kata beliau.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata terdapat kesepaduan pemikiran mengenai senario berkenaan dan saranan untuk menjadikan dunia bebas daripada nuklear.
Menurutnya NSS turut membincangkan mengenai keselamatan senjata kimia dan biologikal, serta kebimbangan buat negara yang mempunyai nuklear dan negara tidak mempunyai nuklear.
Ahmad Zahid berkata pada perbincangan itu, beberapa negara menyuarakan supaya NSS, yang mula diadakan pada 2010 bagi membincangkan mengenai pengganas nuklear, perlu diteruskan walaupun Obama tidak lagi menjadi Presiden Amerika Syarikat.
Beliau berkata Malaysia, walaupun bukan negara sumber bahan nuklear, tetap mahu memastikan pihak polis dan agensi-agensi keselamatan memberi perhatian serius terhadap ancaman terkini itu, yang boleh berlaku sekiranya ia dipandang remeh.
Kebimbangan dunia terhadap pengganas nuklear semakin meningkat berikutan serangan pengganas bunuh diri di negara-negara Eropah serta laporan yang sekurang-kurangnya dua pengganas sedang menyasarkan sebuah loji nuklear di Belgium.
Mengenai pertemuannya dengan Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat Susan Elizabeth Rice pada Rabu, Ahmad Zahid berkata Rice memuji mengenai tindakan Malaysia dalam mengenai isu pelarian terutamanya pelarian Myanmar dan Syria.
Rice turut berharap Malaysia dapat menyertai Sidang Kemuncak Mengenai Pelarian yang akan dihoskan oleh Obama, katanya.
Menurutnya sidang kemuncak itu akan diadakan pada Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) yang akan datang.
Ahmad Zahid berkata beliau turut menyatakan pendirian Malaysia mengenai isu Laut China Selatan dan meminta perkara itu diselesaikan dengan segera.
"Mekanisme terbaik adalah melalui perundingan agar tidak timbul sebarang ketegangan yang boleh memberikan impak keselamatan kepada rantau Asia Tenggara khususnya," kata beliau.
Bernama
Fri Apr 01 2016
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercakap kepada media di Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear (NSS) di Washington. - Foto Bernama
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara langkah diambil termasuk tindakan undang-undang dan penyitaan aset peminjam.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Industri rel tawar kira-kira 25,000 peluang pekerjaan kepada lepasan TVET
Ahmad Zahid menggalakkan lebih ramai pelajar Maahad Tahfiz untuk menyertai bidang TVET termasuk memenuhi keperluan teknikal industri rel.
BSN raikan 50 tahun komitmen keterangkuman kewangan negara
Bank Simpanan Nasional (BSN) meraikan ulang tahun ke-50 dengan sambutan bersejarah yang dihadiri lebih 1,000 tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat, melambangkan semangat keterangkuman.
Banjir: Pembinaan Pusat Pemindahan Kekal bantu kelancaran operasi persekolahan
Kerajaan sedang merangka langkah untuk menyediakan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) di setiap negeri bagi mengurangkan pergantungan kepada pusat pemindahan sementara (PPS) di sekolah.