awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengganas Sulu rancang balas dendam - Nur Jazlan

Astro Awani
Astro Awani
28/11/2015
06:36 MYT
Pengganas Sulu rancang balas dendam - Nur Jazlan
Menurut Nur Jazlan, rangkaian tersebut turut melibatkan warga tempatan yang bersimpati dan menyokong niat jahat kumpulan pengganas tersebut. - Gambar Fail
Kumpulan pengganas Sulu di selatan Filipina sedang merancang untuk melancarkan serangan 'balas dendam di Lahad Datu susulan kegagalan mereka menawan Sabah pada 2013.
Memetik laporan New Straits Times Online, Kementerian Dalam Negeri sedang memantau dan menghapuskan rangkaian kumpulan berkenaan di pantai timur Sabah.
"Kita meneruskan pemantauan secara intensif kerana wujud tanda kumpulan tersebut sedang merancang untuk membalas dendam," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Rangkaian tersebut turut melibatkan warga tempatan yang bersimpati dan menyokong niat jahat kumpulan pengganas tersebut.
Tambah Nur Jazlan, mereka menyelinap di dalam masyarakat setempat dan senario itu menyukarkan pihak berkuasa untuk mengenal pasti individu-individu yang terlibat.
"Mereka kebanyakannya terdiri daripada penduduk setempat dan bukan warganegara Malaysia yang ada hubungan rapat dengan selatan Filipina," ujarnya.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Sakib Kusmi memaklumkan, pergerakan penduduk yang ada hubungan dengan Sulu sedang dipantau oleh pelbagai agensi termasuk pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).
Khamis lalu, Dewan Undangan Negeri Sabah meluluskan usul mengharamkan kemasukan warga asing yang ada kaitan dengan kumpulan kesultanan Sulu daripada memasuki negara.
Malah sidang berkenaan turut meluluskan usul khas melarang dua Naib Presiden PKR iaitu Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua daripada memasuki negeri itu kerana mengadakan pertemuan dengan Jacel Kiram yang merupakan anak perempuan kepada bekas ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III.
Topic Berkaitan
#Jamalul Kiram III
#Kementerian Dalam Negeri
#Nur Jazlan Mohamed
#Nurul Izzah
#Sakib Kusmi
#Sulu
#Tian Chua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan