KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan tidak akan membuat rayuan berhubung keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang menggantung keahliannya selama enam tahun.
Dalam satu rakaman video, Bendahari Barisan Nasional (BN) itu berkata beliau tidak perlu berbuat demikian kerana sehingga hari ini punca penggantungannya tidak diketahui.
"Jadi, nak rayu buat apa? Kedua, dia (MKT UMNO) gantung tak ikut proses dan tak ikut prosedur. Saya tak diminta untuk jawab ke Lembaga Disiplin UMNO.
"Tak ada surat dikeluarkan Lembaga Disiplin UMNO untuk sekurang-kurangnya panggil saya untuk jawab secara bertulis," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Ahli Parlimen Sembrong bersama kepimpinan BN Sembrong, pada Rabu.
Mengulas lanjut, bekas Menteri Pertahanan itu berkata sekiranya rayuan dibuat, ia seolah-olah menunjukkan beliau bersalah.
Selain itu, beliau berpandangan tidak perlu membuat rayuan kepada pihak yang telah membuat keputusan sedemikian.
"Buat apa kita nak buat rayuan kepada orang yang telah membuat keputusan untuk menggantung? Kepada orang yang gantung kita, kita nak rayu kepada dia?
"Jadi, hari ini saya minta restu dan izin daripada keluarga di Sembrong, kita kata kalau saya nak rayu, saya tak tergamak nak buat rayuan," katanya lagi.
Selain Hishammuddin, MKT UMNO pada 27 Januari lalu turut menggantung bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan selama enam tahun.
BACA: KJ, Noh dipecat, Hishammuddin, Shahril digantung keahlian UMNO
Sementara bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar pula dipecat daripada parti Melayu itu.
Ahli MKT UMNO, Datuk Puad Zarkashi mendedahkan sebab UMNO memecat Khairy adalah kerana didakwa memburukkan parti dan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Sementara, penggantungan Hishammuddin pula antaranya kerana didakwa tidak serik membelakangkan parti dan menjadi penggerak utama kepada Ahli Parlimen BN menandatangani surat akuan berkanun (SD) menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Bagaimanapun, Hishammuddin menafikan tuduhan dilabel sebagai pengkhianat parti selepas nama beliau dikaitkan antara 10 Ahli Parlimen BN yang menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Hasimi Muhamad
Wed Feb 22 2023
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan tidak akan membuat rayuan berhubung keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang menggantung keahliannya selama enam tahun. - Gambar fail/BERNAMA
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.