awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengguna dinasihat buat aduan rasmi jika harga barang meningkat - KPDNHEP

Bernama
Bernama
25/12/2020
09:03 MYT
Pengguna dinasihat buat aduan rasmi jika harga barang meningkat - KPDNHEP
Pengguna disarankan supaya menyalurkan aduan secara rasmi kepada KPDNHEP, jika terdapat sebarang kenaikan harga barangan secara drastik. - Gambar fail/BERNAMA
MELAKA:Pengguna di negeri ini disarankan supaya menyalurkan aduan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, jika terdapat sebarang kenaikan harga barangan secara drastik terutama ketika musim perayaan.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Ismail Othman berkata segelintir pengguna dilihat lebih gemar 'membawang' atau membuat keluhan di laman sosial seperti Facebook sebagai contohnya harga bawang yang melambung di pasaran sejak kebelakangan ini.
Beliau berkata bagaimanapun harga barangan import dari India tersebut melonjak disebabkan kekurangan bekalan bawang di pasaran tempatan berikutan banjir yang melanda negara itu.
"Disebabkan hal ini, orang ramai seharusnya mengunakan kuasa pembeli dengan berbelanja secara bijak dan berhemah serta dinasihatkan untuk beralih membeli bawang merah dan bawang besar yang diimport dari negara lain.
"Namun jika beli barangan lain dan didapati ada peniaga yang menjual melebihi harga kawalan yang telah ditetapkan maka orang ramai sepatutnya membuat aduan terus ke pihak kami bagi membolehkan KPDNHEP melakukan pemantauan dan semakan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Terdahulu beliau menghadiri tinjauan mesra sempena Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas di sebuah pusat beli-belah di Peringgit di sini.
Ismail berkata jika didapati peniaga tidak mematuhi undang-undang ditetapkan, pengguna boleh menyalurkan aduan menerusi talian am KPDNHEP Melaka 06-2345822, portal [email protected], pusat panggilan 1800-886-800, e-mel [email protected] atau menggunakan aplikasi Ez ADU.
Dalam pada itu, beliau berkata di negeri ini tiada sebarang aduan diterima mengenai daging sejuk beku yang diimport dan diseludup secara tidak sah setakat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPDNHEP
#KPDNHEP Melaka
#pengguna
#kenaikan harga barang
#musim perayaan
#aduan rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan