KUALA LUMPUR: Pengguna lebuh raya disaran untuk mendapatkan perkembangan aliran trafik di platform media sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung.
Ketua Pusat Pengurusan Trafik LLM, Syed Mohd Faizal Said Ahmad berkata, pihaknya mengemaskini pergerakan trafik di laman sosial Twitter dan Facebook LLM pada setiap 10 minit.
"Pihak LLM sentiasa mengemaskini info trafik di Twitter dan Facebook setiap 10 minit dan kadang-kala kurang dari tempoh tersebut bergantung kepada keadaan trafik semasa.
"Pada masa yang sama, pengguna lebuh raya juga boleh menghubungi LLM di talian 1-800-8877-52 untuk mendapatkan info trafik terkini," katanya ketika ditemui di sini Pusat Pengurusan Trafik LLM di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Syed Mohd Faizal berkata, meskipun sebahagian besar lebuh raya utama negara tidak dikenakan bayaran, namun pengguna masih perlu menyentuh kad Touch 'N Go ketika melalui lorong plaza tol.
"Saya juga ingin mengingatkan pengguna supaya menggunakan laluan yang sama ketika masuk dan keluar lebuh raya.
"Misalanya, kalau pengguna masuk lebuh raya menggunakan lorong Touch 'N Go, maka dia perlu keluar menggunakan lorong yang sama. Begitu juga kepada pengguna teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) dan Smart Tag," tambahnya lagi.
Sementara itu, memandangkan umat Islam dibenarkan pulang berhari raya selepas dua tahun, beliau menjangkakan kesesakan luar biasa dan justeru itu pengguna perlu bersedia dengan kemungkinan untuk melalui perjalanan yang lebih lama.
Umavathi Ramayah
Sat Apr 30 2022

Syed Mohd Faizal Said Ahmad berkata, pihaknya mengemaskini pergerakan trafik di laman sosial Twitter dan Facebook LLM pada setiap 10 minit. - Gambar fail/BERNAMA

Polis kesan individu terlibat kes pukul dalam video tular
Punca kemalangan masih dalam siasatan dan kesemua individu terlibat sedang dikesan polis.

Kemasukan kumpulan pertama pekerja Indonesia bermula secara berperingkat
Kumpulan pertama pekerja Indonesia telah pun berada di Malaysia, manakala dokumen membabitkan 23,000 lagi pekerja sedang diproses.

Impak harga barang, miskin bandar terpaksa meminjam - Kajian
8 daripada 10 responden atau 75.8 peratus berpendapat bahawa kenaikan harga barang telah menyukarkan mereka membeli barangan keperluan seisi keluarga sekali gus perlu mengurangkan saiz hidangan.

Wabak cacar monyet di AS cecah 10,000 kes
Laporan CDC menunjukkan bahawa 1,391 kes cacar monyet yang disahkan dikesan pada Rabu.

Gerakan Muda GTA sedia beri saingan pada PRU15
Gerakan Muda GTA menyasarkan untuk bertanding di separuh daripada 120 kerusi pada PRU15.

AWANI Ringkas: Dewan Negara lulus 3 RUU | Isu LCS, tindakan susulan SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: 4,831 kes baharu, 10 kematian
Ia menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.724 juta kes sejak pandemik melanda negara.

KPDNHEP digesa ambil tindakan peniaga jual minyak masak melebihi harga siling
Tinjauan baru-baru ini menunjukkan segelintir peniaga masih melanggar arahan KPDNHEP.

Tiada kompromi terhadap pihak beri rawatan gigi tanpa doktor bertauliah - Khairy
Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan pergigian tanpa menggunakan khidmat doktor bertauliah, demikian ditegaskan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Bank ambil serius keselamatan data pemegang kad - Persatuan
Dua persatuan itu menjelaskan bank melakukan langkah balas keselamatan tambahan untuk melindungi pemegang kad.

Cuti Aidiladha: Trafik di PLUS, LPT bergerak perlahan, kesesakan menghala Gombak
Beberapa lebuh raya utama negara terutamanya dari Pantai Timur, Utara dan Selatan mula dipenuhi kenderaan warga kota yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur sejak pagi tadi

Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya petang ini
LLM menasihati pengguna jalan raya terutama di bahagian timur agar mengikuti Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Lebuhraya Utara-Selatan.

Aliran trafik di lebuh raya utama lancar pagi ini
Trafik masih lancar di kedua-dua arah di sepanjang lebuh raya bagi sektor utara, selatan dan timur.

JPJ ingatkan segera perbaharui lesen memandu sebelum 30 Jun
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang telah diberikan pelanjutan tempoh keesahan (kuat kuasa) atau tamat tempoh bermula 13 Jan 2021, perlu memperbaharui lesen mereka sebelum 30 Jun ini.

Aliran trafik tinggi di lebuh raya menuju Lembah Klang
Aliran trafik di beberapa kawasan di lebuh raya utama terutama yang menuju ke Lembah Klang tinggi setakat 10 malam ini.

Aliran trafik ke Lembah Klang meningkat namun terkawal - LLM
Peningkatan aliran trafik ini juga menyebabkan kenderaan bergerak perlahan di beberapa lokasi.

Trafik ke Lembah Klang sesak, orang ramai ambil peluang tol percuma
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang mengalami kesesakan susulan orang ramai mengambil peluang tol percuma.

Aliran trafik tinggi menghala ibu kota
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke ibu kota dilaporkan tinggi setakat 9 malam ini, namun tiada kesesakan luar biasa berlaku.

Aliran trafik arah utara, selatan perlahan
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke utara dan selatan, perlahan malam ini.

Balik kampung: Beberapa lokasi lebuh raya arah timur sesak
Kenderaan bergerak perlahan sebelum masuk Plaza Tol Gombak dan kesesakan turut berlaku sejauh dua kilometer selepas Hentian Sebelah Gombak ke Genting Sempah.