Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk menggantung suatu pelaksanaan penghakiman dan diarah membayar lebih RM3.7 juta kepada KIC Management kerana melanggar perjanjian khidmat luar bagi sebuah program sarjana dengan syarikat itu.
Peguam yang mewakili syarikat itu, C.V Devan berkata keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zakiah Kassim di dalam kamar hari ini.
"Permohonan untuk menggantung pelaksanaan penghakiman itu telah ditolak dengan kos.
"Pada 17 Mei 2012, UUM diarah menjelaskan bayaran itu dalam tempoh 14 hari tapi mereka memohon menggantung pelaksanaan penghakiman itu sehingga kes rayuan mereka diputuskan Mahkamah Rayuan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Dalam pernyataan tuntutan pada 8 Ogos 2010, KIC Management mendakwa UUM menamatkan memorandum perjanjian (MoA) dengan syarikat itu bagi menjalankan program pasca Siswazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) bermula 1 Jun 2009.
Syarikat itu mendakwa mengikut MoA yang ditandatangani dengan UUM pada 1 Sept 2008, UUM bersetuju untuk memberi khidmat luar program MBA kepada syarikat itu, manakala syarikat itu akan menyediakan prasarana dan peserta program di satu fakulti yang dimiliki dan disediakan oleh syarikat itu dan/atau wakilnya di Kulim, Kedah.
Mengikut perjanjian itu, UUM bersetuju bahawa KIC Management akan terus mengendalikan program Eksekutif Sarjana Pentabdiran Perniagaan bagi tempoh lima tahun bermula 1 Sept 2008 hingga 31 Ogos 2013.
Bagaimanapun, UUM melalui surat bertarikh 18 Mei 2009, menamatkan perjanjian itu berkuat kuasa 1 Jun tahun yang sama tanpa mematuhi terma-terma perjanjian itu.
KIC Management menyatakan bahawa penamatan kontrak itu adalah pramatang dan melanggar dua klausa perjanjian iaitu MoA boleh ditamatkan oleh mana-mana satu pihak dengan memberi notis bertulis sekurang-kurang enam bulan dan MoA hanya boleh ditamatkan sebaik penyelesaian pengambilan terbaharu pelajar program itu.
KIC Management berkata tindakan UUM menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian dan kehilangan besar iaitu RM424,860 bagi baki yuran pelajar yang masih belum menamatkan pengajian dan RM3.27 juta bagi kehilangan keuntungan/pendapatan untuk baki tempoh perjanjian dari 1 Jun 2009 hingga 31 Ogos 2013.
Syarikat itu menuntut RM424,860 bagi kehilangan baki yuran itu, RM3.27 juta bagi kehilangan keuntungan/pendapatan, faedah statutori pada kadar lapan peratus setahun atas jumlah dua tuntutan itu dan kos serta lain-lain relif yang diarahkan mahkamah. UUM diwakili oleh peguam Nadzarin Nordin.
Bernama
Mon Oct 29 2012
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Banjir: Bekalan elektrik di Alor Setar, Sik pulih sepenuhnya
Bekalan elektrik di beberapa kawasan di bandar raya ini dan Sik telah pulih sepenuhnya selepas ditutup sementara susulan banjir.
Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB Careline memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.
Kanak-kanak perempuan dua tahun ditemukan lemas dalam longkang
Luluh hati seorang datuk apabila melihat cucu perempuan kesayangannya ditemukan lemas di dalam longkang di Alor Setar malam tadi.
Banjir Kedah: 'Tidak lena tidur, risau air naik...' - Penduduk
Tinjauan di sekitar Kampung Simpang Chegar Kota Setar mendapati kebanyakan kawasan sudah dilimpahi air kira-kira dua hingga tiga kaki.
Suspek kelar isteri dan anak minta izin tidur di masjid - Imam
Suspek direman bagi membantu siasatan kes pembunuhan isteri dan anaknya telah memohon untuk menumpang tidur di Masjid Al Hidayah, Bukit Pinang.
Dua mayat wanita ditemukan dalam longkang di Alor Setar
Dua mayat wanita ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, hari ini.
Treler terbabas, 40,000 liter susu getah tumpah di lebuh raya
Jabatan Alam Sekitar Kedah sedang memantau rapi kerja-kerja pembersihan 40,000 liter susu getah yang tumpah selepas sebuah treler terbabas.
Mayat lelaki ditemui dalam longkang di Alor Setar
Orang awam yang ketika itu sedang berjalan bersama anjingnya menemui mayat dalam keadaan tertiarap di longkang pada jam 6.30 petang.
Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian suspek samun
Tertuduh, Han Boon Hau, 33, yang bekerja di kedai aluminium bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Laskar Kanan Maritim mengaku tidak bersalah 12 tuduhan rasuah
Mengikut pertuduhan, semua kesalahan didakwa dilakukan Mohd Fazli di Maybank Islamic Centre, Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar.