AMPANG: Seorang penghantar barang diberkas kerana disyaki melarikan seunit telefon bimbit iPhone X di sebuah pasar raya di Ampang dekat sini pada 27 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit daripada seorang wanita berusia 32 tahun.
"Wanita itu membuat laporan berkaitan seorang lelaki yang berpura-pura menjadi pelanggan sebelum mencuri telefon bimbit berkenaan pada jam 3.30 petang pada hari kejadian.
"Wanita itu mendakwa pekerjanya menyerahkan telefon bimbit berkenaan kepada suspek kerana percaya lelaki itu hendak membelinya," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Mohd Azam berkata, ketika pekerja itu sibuk berurusan dengan pelanggan lain, suspek telah beredar dengan membawa bersama telefon bimbit itu menyebabkan pengadu mengalami kerugian RM900.
"Hasil risikan, jam 12.10 tengah malam tadi, kita menahan suspek berusia 40 tahun di sebuah pangsapuri di Sungai Chua, Kajang," katanya.
Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati, suspek positif ganja selain memiliki dua rekod jenayah lampau dan dua rekod lampau berkaitan dadah.
"Suspek juga sudah menjual telefon bimbit yang dicuri itu dan direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 07 2024
Lelaki itu berpura-pura menjadi pelanggan sebelum mencuri telefon bimbit berkenaan pada jam 3.30 petang 27 Mac lalu. -Gambar fail/PDRM
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Penghantar barang larikan iPhone X diberkas
Lelaki itu berpura-pura menjadi pelanggan sebelum mencuri telefon bimbit berkenaan pada jam 3.30 petang 27 Mac lalu.
Penghantar barang didakwa edar syabu 112.48kg
Seorang penghantar barang didakwa atas kesalahan mengedar dadah jenis syabu seberat 112.48 kilogram, 9 Dis lepas.
Kes dadah: Mahkamah tolak rayuan bekas penghantar barang, hukuman 20 sebatan kekal
Seorang bekas penghantar barang gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan supaya hukuman 10 sebatan yang dijatuhkan ke atasnya bagi dua kesalahan memiliki dadah berjalan serentak.
Takut kena saman tiada cermin sisi, polis parah dirempuh penghantar barang
Penghantar barangan yang melanggar anggota polis ketika cuba meloloskan diri dipercayai bertindak demikian kerana motosikal yang ditunggang tidak mempunyai cermin sisi.
Penghantar barang ditahan buat aksi tak senonoh terhadap kanak-kanak
Pada Isnin jam 6 petang, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dilaporkan telah diganggu lelaki tidak dikenali dalam lif.
Penghantar barang ditahan curi bungkusan berisi emas pelanggan
Penghantar barang ditahan curi bungkusan berisi emas pelanggan
Penghantar barang dipenjara 14 hari, denda RM15,000 kerana rasuah
Seorang penghantar barang dihukum penjara 14 hari dan didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana menerima suapan RM3,000 untuk meluluskan invois cukai bagi pembayaran perkhidmatan keselamatan.
Penghantar barang mengaku tidak bersalah menyamun
Pemuda itu didakwa melakukan samun terhadap seorang lelaki dengan cara meragut rantai leher milik mangsa di Brickfields.
Penghantar barang panik, cari pemilik bungkusan di kubur
Penghantar barang itu menunjukkan bungkusan yang perlu dihantar namun, keliru mencari alamat penerima.
Mayat bayi ditinggalkan di tangga dengan nota
Seorang penghantar barang terkejut apabila menemui sebuah beg mengandungi mayat bayi yang ditinggalkan bersama sekeping nota.