KOTA BHARU: Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal jenis Honda RS yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan yang turut membabitkan dua buah kenderaan lain di Kilomoter 11 Jalan Kota Bharu-Pasir Mas, hadapan Surau Haji Sulong Parit Cina di sini pada Ahad.
Dalam kejadian jam 8.30 malam mangsa, Muhammad Amin Maula Ismail, 24, yang beralamat di Kampung Pulau Kapas, di sini meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal dari arah Kota Bharu menghala ke Pasir Mas.
"Setiba di lokasi kejadian berhadapan Surau Haji Sulong Parit Cina, seorang pemandu kereta jenis Honda City yang baru selesai solat Isyak dan berada di bahu kiri jalan laluan telah mengundur secara mengejut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
Menurutnya, kereta yang dipandu lelaki berusia 73 tahun itu kemudian telah memasuki laluan utama.
Beliau berkata, disebabkan jarak yang dekat mangsa tidak sempat mengelak dan telah terlanggar bahagian belakang kereta tersebut menyebabkan dia terjatuh di laluan bertentangan.
Shuhaimi berkata, ekoran itu mangsa telah dilanggar oleh sebuah bas yang datang dari arah bertentangan.
Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Mon May 16 2022

Seorang penghantar makanan maut dalam kemalangan di Kilomoter 11 Jalan Kota Bharu-Pasir Mas, hadapan Surau Haji Sulong Parit Cina, Kota Bharu pada Ahad. - Foto Sinar Harian

Nazri Aziz diundang ulas isu UMNO menjelang PRU15 di Yusof Ishak Institute minggu depan
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz diundang ke Yusof Ishak Institute di Singapura bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan UMNO dan cabarannya berdepan PRU15.

Rancangan Selangor Pertama: Bukan mahu dabik dada, tunjuk hebat - Amirudin
Rancangan itu merupakan usaha kerajaan negeri untuk memastikan pembangunan direncana dengan lebih terperinci.

Jenayah | Suami isteri ditemukan mati dibunuh di rumah sendiri
Sepasang suami isteri ditemukan mati, dipercayai dibunuh ahli keluarga sendiri di kediaman mereka dekat Taman Bercham Aman, Ipoh, pagi tadi. Mayat kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 40 tahun ditemukan di ruang tamu rumah berkenaan.

Aidiladha | Peniaga diingatkan tak ambil kesempatan naik harga
Peniaga diingatkan tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga ayam dan telur meskipun mendapat permintaan yang tinggi menjelang Aidiladha nanti. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata peniaga tidak mempunyai alasan untuk berbuat demikian selain perlu patuh kepada harga siling RM9.40 yang ditetapkan.

Rakyat Malaysia Kalwant Singh jalani hukuman gantung pagi ini
Peguamnya Too Xing Ji mengesahkan yang Kalwant telah menjalani hukuman.

Muslim Food Industries sasar jualan RM24 juta tahun ini
MFI yakin dapat mencapai sasaran berikutan jualan setakat suku kedua tahun ini telah mencapai sebanyak RM7.8 juta.

Suami isteri ditemui mati, dipercayai dibunuh ahli keluarga
Mayat kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 40 tahun itu ditemui di ruang tamu rumah berkenaan.

Alasan kenaikan OPR untuk kurangkan kadar inflasi sukar diterima - Asyraf Wajdi
Peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak beberapa mata asas, walaupun kelihatan kecil, impaknya kepada rakyat adalah amat besar, tegas Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Keputusan permohonan pindaan perlembagaan UMNO diketahui selewat-lewatnya 16 Julai - ROS
Pindaan perlembagaan UMNO ialah bagi memberi ruang kepada ahli memfokus kepada gerak kerja pilihan raya.

Seorang maut, empat parah nahas tiga kenderaan
Kesemua mangsa parah dihantar ke PPUKM dan HKL manakala mayat mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Warga emas maut, kereta dipandu lawan arus kemalangan
Mangsa berusia 72 tahun memandu kereta jenis Proton Wira secara melawan arus lalu bertembung dengan sebuah kereta jenis Honda City.

Lelaki maut motosikal terbabas, langgar lori sampah
Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala selepas terseret kira-kira 40 meter.

20 maut bas tergelincir masuk gaung
Kejadian berlaku di kawasan pergunungan terpencil di wilayah berkenaan ketika bas tersebut dalam perjalanan ke Quetta dari Rawalpindi.

Satu maut, empat parah lori rempuh belakang treler
Kesemua mangsa tersepit dikeluarkan dengan menggunakan alatan khas dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Mekanik dipukul 3 lelaki, didakwa pandu melulu hingga sebabkan kemalangan
Menurut Raub, mangsa dikatakan terlibat kemalangan dengan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 30-an.

Luluh terima khabar anak, menantu, tiga cucu maut nahas
Mohd Yusof berkata, keadaan ibu mereka kini agak stabil dan reda meskipun sekali sekala dilihat mengalirkan air mata akibat terlalu sedih.

Pemandu cedera dalam nahas dua treler di Kuala Kangsar
Akibat kemalangan itu mangsa lelaki berusia 23 tahun itu cedera dan tersepit di bahagian kaki.

Penghantar barang maut tercampak atas bumbung kereta
Kemalangan jam 9.50 pagi itu mengakibatkan lelaki berusia 26 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Lelaki tersepit, cedera dalam kemalangan lori dan treler muatan siling
Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak ambulans bagi tindakan lanjut.

Pembantu Belia dan Sukan Setiu maut kemalangan
Siasatan awal mendapati kereta dipandu pengawal keselamatan itu dalam perjalanan dari Kota Bharu hendak pulang ke rumah di Pasir Putih.