awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghantar makanan maut motosikal langgar penghadang jalan

Sinar Harian
Sinar Harian
20/02/2024
10:50 MYT
Penghantar makanan maut motosikal langgar penghadang jalan
Mangsa maut di lokasi kejadian selepas terbabas lalu melanggar pembahagi jalan dalam insiden petang Selasa.
GEORGE TOWN: Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Jalan Bukit Gambir, di sini pada petang Selasa.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, mangsa yang berusia 27 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana cedera parah.
Menurutnya, dalam kejadian pada jam 3.30 petang itu, mangsa dikatakan telah terbabas sendiri lalu melanggar pembahagi jalan.
"Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y16 disyaki telah hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar pembahagi jalan.
"Siasatan awal di lokasi mendapati mangsa menunggang motosikal dari Bukit Jambul menghala ke Jalan Yeap Chor Ee melalui Jalan Bukit Gambir," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, akibat daripada impak pelanggaran itu, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan.
"Mayat mangsa yang berasal dari Sungai Rusa, Balik Pulau itu dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#penghantar makanan
#pulau pinang
#Jalan Bukit Gambir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan