KUALA LUMPUR: Perolehan Malaysia terhadap tiga sistem pesawat tanpa pemandu Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aerial System (MALE UAS) "ANKA" daripada Turkish Aerospace Industries (TAI) yang dimeterai tahun lepas, berjalan lancar dan dijadualkan untuk penghantaran dalam tempoh yang ditetapkan.
Bercakap kepada Bernama, Timbalan Menteri Pertahanan Turki Celal Sami Tufekci berkata tidak akan ada kelewatan pada tarikh penghantaran ANKA MALE UAS ke Malaysia yang akan dikendalikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
"Saya tidak tahu tarikh yang tepat (untuk penghantaran), tetapi ia akan dihantar. Kini, dalam proses (pemasangan) beberapa keperluan khas dari Malaysia dan latihan untuk petugas (dari Malaysia)," katanya dalam temu bual yang diadakan di luar acara pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 di sini hari ini.
Sebelum ini, laporan berita menyatakan bahawa Malaysia dijangka mula menerima "ANKA" MALE UAS bermula tahun depan.
Malaysia menjadi negara pertama di rantau ini menggunakan dron "ANKA" MALE UAS yang telah teruji dalam pertempuran, apabila Kementerian Pertahanan dan TAI menandatangani kontrak untuk memperoleh platform MALE UAS dan peralatan sokongan pada Mei tahun lepas semasa Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA 2023).
Kementerian Pertahanan mengiklankan tender antarabangsa untuk mendapatkan tiga MALE UAS berserta sistem berkaitan seperti stesen bumi dan peralatan lain, pada Ogos 2020.
Tiga lagi sistem MALE UAS akan diperoleh pada Rancangan Malaysia Ke-13 (2026-2030).
Malaysia dilaporkan bakal menempatkan dron buatan Turki itu di pangkalan udara strategik di Labuan untuk memantau sebarang pencerobohan ke perairan negara di Laut China Selatan.
Bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan menekankan kepentingan melengkapi negara dengan keupayaan pengawasan menyeluruh dan keperluan mempunyai "mata untuk melihat dan telinga untuk mendengar" segala yang berlaku dalam perairan negara, khususnya di Laut China Selatan.
Malaysia dipercayai memilih varian "Anka-S" yang berupaya terbang selama 24 hingga 30 jam tanpa henti, pada ketinggian 30,000 kaki dan membawa muatan antara 250 hingga 350 kilogram.
Selain melaksanakan tugas risikan, pengawasan dan tinjauan (ISR), dron Anka-S yang diperoleh Malaysia juga mempunyai kemampuan membawa empat peluru berpandu MAM Smart Micro yang dibangunkan oleh satu lagi syarikat pertahanan Turki, Roketsan untuk misi serangan darat.
Peluru berpandu MAM juga terdapat dalam beberapa varian iaitu MAM-L (thermobaric), MAM-C (high explosive) dan MAM-T (serangan jarak jauh).
Dron Anka-S juga dilengkapi dengan kamera elektro-optik/inframerah (EO/IR) untuk mengambil imej dan video beresolusi tinggi dalam semua keadaan cuaca, sistem Identification Friend or Foe (IFF), penunjuk sasaran laser dan pengesan jarak laser.
Ia turut dilengkapi dengan antena komunikasi satelit udara ViaSat VR-18C yang berkuasa tinggi, menyediakan komunikasi selamat melepasi garisan penglihatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 08 2024
Celal Sami Tufekci berkata tidak akan ada kelewatan pada tarikh penghantaran ANKA MALE UAS ke Malaysia yang akan dikendalikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). - Gambar/ Bernama
Blues Gang buat konsert 5 dekad ulang tahun
Selepas 50 tahun, Blues Gang akhirnya muncul solo dalam persembahan berskala besar pada malam eksklusif konsert Blues Gang Apo Nak Dikato.
Insiden serangan: Polis siasat sama ada tindakan rambang, terancang - Saifuddin
Siasatan polis terhadap beberapa insiden yang mengancam institusi penting negara menjurus ke arah menentukan sama ada ia merupakan tindakan rambang atau terancang.
Penjajaran semula agensi bermandat bumiputera lonjak ekosistem ekonomi
Penjajaran ini dijayakan melalui kerjasama pintar dan inovatif antara sektor awam dan swasta, sejajar dengan prinsip kerajaan madani yang mengutamakan inklusiviti, keberkesanan, dan kelestarian.
Untuk perincian lanjut, terus saja bersama rakan setigas, Madiha Abdullah.
Untuk perincian lanjut, terus saja bersama rakan setigas, Madiha Abdullah.
40 maut akibat denggi sejak Januari lalu
Sebanyak 40 kematian direkodkan akibat wabak denggi sejak Januari lalu, meningkat 14 kes berbanding 26 yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu.
Masyarakat disaran jangan melulu bertindak
Masyarakat disaran tidak bersifat melulu dalam kempen gerakan 'Blockout 2024' yang bertujuan memboikot selebriti atau pempengaruh media sosial yang tidak menggunakan media sosial sebagai medium bersuara berhubung kekejaman Israel.
Anggota Lembaga Kaunselor Malaysia, Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor berkata, ini kerana penilaian akibat tindakan gopoh tersebut berkemungkinan menjadi salah sehingga artis yang sebenarnya pernah menggunakan media sosial mereka untuk bersuara dalam isu tersebut, turut tersenarai dalam kempen itu.
Anggota Lembaga Kaunselor Malaysia, Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor berkata, ini kerana penilaian akibat tindakan gopoh tersebut berkemungkinan menjadi salah sehingga artis yang sebenarnya pernah menggunakan media sosial mereka untuk bersuara dalam isu tersebut, turut tersenarai dalam kempen itu.
Wan Saiful kecam ugutan bunuh diterima Teresa Kok
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengecam tindakan ugutan pembunuhan yang diterima oleh Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok.
Industri media perlu tingkat kemahiran, terima kehadiran teknologi AI
Kecerdasan buatan (AI) dilihat mampu memperkasakan kandungan berita secara lebih kreatif dan menarik, khususnya penyampaian berita di media sosial.
Dana asing pacu Bursa Malaysia kepada aliran masuk bersih susulan pertumbuhan kukuh KDNK - MIDF Research
Dana asing yang merekodkan aliran keluar sehingga kini bertukar kepada aliran masuk bersih sebanyak RM4.9 juta.
Serangan balai polis: 7 termasuk 5 ahli keluarga suspek masih disiasat
Tujuh individu masih direman dan disiasat berhubung insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota.
Eksport Malaysia rekod peningkatan ketara pada April 2024 - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus.
Penghantaran 'ANKA' MALE UAS ke Malaysia ikut jadual - Timbalan Menteri Pertahanan Turki
Perolehan Malaysia terhadap tiga sistem pesawat tanpa pemandu Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aerial System (MALE UAS) "ANKA" berjalan mengikut jadual.
Gaza Freedom Flotilla: Turki terus diasak kuasa besar untuk batalkan misi
Keputusan bergantung kepada perbincangan yang akan berlaku pada petang ini melibatkan pimpinan tertinggi IHH dengan wakil kerajaan Turki di Ankara.
Erdogan mahu tingkat hubungan pertahanan, perdagangan Malaysia-Turki
Anwar dan Erdogan turut membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa termasuk situasi di Palestin.
Protes merebak selepas Datuk Bandar parti pro-Kurdish diganti
Protes selepas pihak berkuasa Turki menghalang Datuk Bandar parti pro-Kurdish yang baru dipilih mengambil jawatannya merebak ke lebih banyak bandar di tenggara Turki.
Turki sedia jadi orang tengah selesaikan kemelut Rusia-Ukraine
Turki bersedia menjadi pengantara dan tuan rumah bagi sidang kemuncak damai antara Rusia dan Ukraine.
Turki tahan 7 individu disyaki intip, jual maklumat pada Mossad, Israel
Suspek dipercayai telah menyampaikan maklumat kepada Mossad untuk mendapatkan sejumlah wang.
MoU bina kerjasama strategik UUM dan 5 universiti di Turki
MoU ditandatangani Naib Canselor UUM, Profesor Dr Mohd Foad Sakdan bersama rektor universiti terlibat.
Turki akan hantar kapal ke-4 dengan lebih 2,300 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza
Bantuan yang terdiri daripada konvoi 109 trak itu akan diangkut menggunakan kapal Bestekar yang berlabuh di Pelabuhan Antarabangsa Mersin di pantai timur laut Laut Mediterranean di selatan Turki.
Turki lulus usul bidaan Sweden jadi anggota NATO
Kelulusan ini dianggap langkah penting ke arah perluasan pakatan strategik itu selepas tertangguh lebih 19 bulan.
Turki pastikan isu senjata nuklear Israel dalam agenda global
Recep Tayyip Erdogan turut membidas sokongan Eropah untuk Israel dengan mengambarkannya sebagai "keaiban holocaust."