awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghargaan buat tokoh polis dikalangan orang awam

Astro Awani
Astro Awani
23/12/2012
22:36 MYT
Penghargaan buat tokoh polis dikalangan orang awam
Ketua polis daerah di seluruh negara diminta mengenal pasti tokoh polis di kalangan orang awam di kawasan masing-masing untuk diberi pengiktirafan dan penghargaan.
Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, golongan berkenaan bukan sahaja membantu tugas polis malah menjadi penghubung dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha meningkatkan kesedaran pencegahan jenayah.
Tegas beliau dalam usaha transformasi perkhidmatan, PDRM memerlukan sokongan dan kerjasama anggota masyarakat terutama individu dan pertubuhan bukan kerajaan bagi menjaga keamanan.
Beliau ditemui pemberita selepas majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat PDRM dan Persidangan Tahunan Sukarelawan Simpanan Polis Se-Malaysia.
Turut hadir ketua polis Pahang Datuk Sharifuddin Abdul Ghani dan naib pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye.
Pada majlis itu, Ismail menyampaikan Anugerah Tokoh Kehormat kepada beberapa individu termasuk Lee yang diberi pangkat Asisten Komisioner Kehormat.
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#Tan Sri Ismail Omar
#Tan Sri Lee Lam Thye
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan