awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghargaan luar biasa untuk rakyat diumum Isnin atau Selasa - PM Anwar

Bernama
Bernama
19/07/2025
04:34 MYT
Penghargaan luar biasa untuk rakyat diumum Isnin atau Selasa - PM Anwar
Perdana Menteri Anwar memberi bayangan penghargaan luar biasa kepada rakyat akan diumumkan minggu depan.
PERMATANG PAUH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan penghargaan luar biasa kepada rakyat akan diumumkan minggu depan.
Beliau berkata, Kementerian Kewangan sedang memperhalusi cadangan yang boleh diumumkan segera bagi meringankan beban rakyat di samping menangani isu-isu semasa.
"Tiap-tiap minggu pasukan Kementerian Kewangan meneliti langkah yang boleh diumumkan oleh Perdana Menteri dalam masa singkat dan boleh bantu tangani masalah rakyat.
"Kalau tidak Isnin, Selasa... bagi masa dua, tiga hari lagi untuk diperkemas. Nanti saya umumlah. Doakan yang elok-elok, insya-Allah," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Pelan Induk Bumiputera, Tunas MADANI dan Projek Perumahan JKPSB di Dewan Besar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, di sini, hari ini.
Anwar berkata, kerajaan sedang mencari pendekatan terbaik untuk mengimbangi kenaikan kos sara hidup dengan keupayaan fiskal negara memandangkan perbelanjaan sedia ada bagi bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan kenaikan gaji penjawat awam mencecah berbilion ringgit.
Pada 14 Julai lepas, Perdana Menteri telah memberi bayangan berkaitan perkara berkenaan dalam hantaran menerusi laman Facebooknya dengan memuat naik poster "AKAN DATANG" bersama mesej: "Suatu Penghargaan Luar Biasa Untuk Rakyat Malaysia. Bersama Malaysiaku".
Hantaran itu mencuri perhatian warganet yang kebanyakannya teruja menantikan pengumuman yang dijangka memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penghargaan luar biasa
#pengumuman PM
#PM Anwar Ibrahim
#Kementerian Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan