KAJANG: Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda pengsan semasa memandu akibat tidak makan dipercayai punca kemalangan di Taman Jenaris di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, dalam kejadian jam 6 petang, lelaki berusia 39 tahun itu memandu Toyota Hilux dalam perjalanan dari arah sebuah pasar raya di Prima Saujana menuju ke Kajang.
"Apabila tiba di lokasi kejadian, lelaki itu telah pengsan semasa memandu, kemudian dia panik apabila tersedar dan berlaku kemalangan.
"Kenderaan tersebut telah masuk ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza, sebelum melanggar rumah kedai," katanya melalui kenyataan pada Khamis.
Mohd Zaid berkata, kedua-dua pemandu yang terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami kecederaan, hanya kerosakan pada kenderaan.
"Hasil ujian mendapati lelaki itu tidak memandu di bawah pengaruh alkohol, manakala ujian urin terhadap pemandu itu negatif," katanya.
Mohd Zaid memaklumkan kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59.
Pada Rabu, tular video berdurasi 1 minit 20 saat memaparkan insiden kemalangan tersebut.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 28 2021
Rakaman insiden kemalangan itu tular di media sosial pada Rabu. -Video tular
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Remaja maut rempuh kenderaan polis
Mangsa tercampak setinggi beberapa meter sebelum terjatuh apabila motosikalnya merempuh kenderaan polis.
Seorang maut, empat cedera nahas babit 4 x 4, Iswara
Kemalangan di Batu 8, Teluk Intan itu meragut nyawa seorang lelaki berusia 23 tahun.
Pemandu dan seorang penumpang cedera parah, 19 lagi cedera bas ekspres terbabas
Nahas membabitkan 22 mangsa iaitu pemandu bas, 20 penumpang dan pemandu Toyota Hilux.
Guru petugas peperiksaan maut pacuan empat roda terbabas
Seorang guru lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas dalam perjalanan ke sekolah.
Dua lelaki ditahan terlibat sindiket curi kenderaan pacuan empat roda
Satu sindiket curi kenderaan pacuan empat roda tumpas apabila dua lelaki ditahan di dua lokasi sekitar Subang Jaya dan Ampang, pada 27 Dis lepas.
Dua lelaki maut kenderaan tenggelam dalam tali air
Dua lelaki maut akibat terperangkap di dalam kereta pacuan empat roda yang tenggelam selepas dipercayai tergelincir lalu terbalik ke dalam tali air.
Kes Bunuh Zayn: Pasukan Forensik PDRM tiba di lokasi kejadian
Pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) memasuki lokasi kejadian pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini pada petang Isnin.
Pejalan kaki warga emas maut dirempuh pacuan empat roda
Pemandu itu telah menekan brek kenderaannya namun tidak dapat mengelak lalu merempuh mangsa.
Lelaki, bekas isteri antara empat ditahan terlibat samun dan pecah kedai
Seorang lelaki dan bekas isterinya antara empat individu ditahan dipercayai terlibat beberapa kes samun dan pecah masuk kedai di sekitar daerah ini dan Mersing serta Rompin di Pahang.
Polis cari pemandu pacuan empat roda lawan arus
Kejadian kira-kira jam 4 petang itu sempat dirakamkan melalui kamera papan pemuka atau 'dashcam' milik seorang pengguna jalan raya.