Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah diikat jamin RM1 juta dengan jumlah jaminan RM500,000 dibayar hari ini manakala bakinya pada Selasa depan (18 September).
Selain itu, Muhammad Shafee turut diperintah menyerahkan pasport miliknya kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Mahkamah juga telah menetapkan 2 Oktober ini untuk sebutan semula kes.
Terdahulu, Shafee yang merupakan peguam Datuk Seri Najib Razak telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini atas empat pertuduhan pengubahan wang haram.
BACA: Pengubahan wang haram: Shafee Abdullah dijangka didakwa pagi ini
Menurut sumber, beliau telah ditahan di sekitar Kuala Lumpur, awal pagi ini.
“Beliau didakwa melakukan kesalahan dibawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
Sebelum ini, Shafee didakwa menerima bayaran sebanyak RM9.5 juta dari bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak. pada tahun 2013 dan 2014.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki, ketika dihubungi Astro AWANI, mengesahkan tentang tangkapan tersebut.
Muhammad Shafee bagaimanapun mengaku tidak bersalah ke atas semua empat pertuduhan tersebut.
Astro Awani
Thu Sep 13 2018
Abdullah ketika tiba di Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
Alves tinggalkan penjara selepas lunas ikat jamin RM5.12 juta
Bekas pemain Brazil, Dani Alves berhadapan pertuduhan merogol seorang wanita muda di Barcelona pada 31 Disember 2022.
Kes pukul tular: Pemandu teksi warga emas, penunggang motosikal ditahan
Apabila pergaduhan mulut berakhir menjadi insiden memukul.
Pengubahan wang haram: Shafee Abdullah dibenar ikat jamin RM1 juta
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah diikat jamin RM1 juta, manakala pasportnya diserahkan ke mahkamah.
Suspek rompakan tangguh kahwin esok kerana tidak dibenar diikat jamin
Hasrat seorang lelaki bekas tahanan Simpang Renggam untuk melangsungkan perkahwinannya esok terpaksa dilupakan apabila Mahkamah Sesyen tidak membenarkannya diikat jamin