KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk meneruskan pembayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) serta tambahan khas dalam bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) jelas membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap penjawat awam dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan pentadbiran negara.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat berpendapat pada masa sama kerajaan harus melihat kepada pelbagai lagi inisiatif yang perlu dilaksanakan dari segi kebajikan dan penambahbaikan skim perkhidmatan penjawat awam.
"Cuepacs baru sahaja selesai mengadakan konvensyen tritahunan pada 17 hingga 19 Dis lepas dan banyak resolusi berkaitan kebajikan dan penambahbaikan skim perkhidmatan penjawat awam telah dicapai sepanjang konvensyen diadakan.
"Isu utama yang dibangkitkan oleh perwakilan adalah mengenai sistem saraan perkhidmatan awam yang sudah ketinggalan dan tidak sesuai dengan persekitaran ekonomi semasa.
"Para perwakilan juga berpendapat bahawa sudah tiba masanya untuk kerajaan menetapkan gaji minimum penjawat awam kepada RM1,800 sebulan berbanding RM1,200 sebulan ketika ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Adnan berkata Cuepacs telah mengutus surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan satu sesi perjumpaan bersama pemimpin utama negara itu bagi membincangkan isu-isu membabitkan penjawat awam yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan.
Pihaknya turut berharap agar hasil pertemuan itu nanti dapat memberikan gambaran sebenar kepada kerajaan mengenai tuntutan yang dimohon oleh Cuepacs dan penjawat awam.
Pada sidang khas Parlimen pagi tadi, kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian KGT Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam gred 11 hingga 56 dan BKK sebanyak RM700 kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah dan sebanyak RM350 kepada satu juta pesara kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 20 2022
Adnan berpendapat pada masa sama kerajaan harus melihat kepada pelbagai lagi inisiatif yang perlu dilaksanakan dari segi kebajikan dan penambahbaikan skim perkhidmatan penjawat awam.- Gambar/ Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
Pencen penjawat awam: Cuepacs harap masih ada ruang perbincangan
Cuepacs berharap masih terdapat ruang perbincangan antara pihaknya dengan kerajaan sebelum dasar baharu pengambilan penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen, dilaksanakan.
Cuepacs saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangkan, elak rakyat muflis
Langkah itu wajar dilaksana bagi membolehkan jumlah bayaran balik pinjaman lebih rendah sekali gus membantu rakyat yang berdepan isu kos sara hidup.
Perbincangan dengan Cuepacs Isnin ini - Mohd Zuki
Dijangka turut menyentuh soal desakan kongres tersebut yang meminta kerajaan supaya segera menunaikan tuntutan berkaitan gaji penjawat awam.
Dakwaan pengambilan, kenaikan pangkat berasaskan kaum tuduhan berat - Cuepacs
Perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok itu adalah cubaan untuk mempolitikkan perkhidmatan awam.
Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs
Wajar dipraktikkan oleh semua pihak yang berurusan dengan mana-mana organisasi tidak kira jabatan kerajaan mahupun swasta.
Cuepacs cadang kerajaan wujud pengkhususan khas jawatan warden
Lantikan warden berkenaan bagi membolehkan anggota penjawat awam menjalankan tugas sebagai warden secara sepenuh masa.
Jangan mansuh cuti tahunan petugas barisan hadapan yang tidak dihabiskan - Cuepacs
Cuepacs mohon kerajaan supaya memberi pertimbangan ke atas cuti yang tidak dihabiskan semasa berhadapan pandemik.
Cuepacs harap pelantikan PM baharu tamatkan sengketa politik dalam kalangan pemimpin
Cuepacs juga katanya memohon agar Perdana Menteri menstrukturkan semula setiap kementerian supaya fungsinya lebih tersusun dan terkoordinasi.
Penjawat awam terus beri khidmat berkualiti, berkesan untuk rakyat - Cuepacs
Perkhidmatan awam adalah tonggak kepada pentadbiran kerajaan dan perlu bertindak secara profesional.
KPM perlu beri keutamaan tiga aspek ambil guru baharu - Cuepacs
Tiga elemen itu perlu diberi penekanan kerana cabaran yang dihadapi dalam dunia perguruan ketika ini amat besar.