MALAYSIA
Pengumuman penghargaan PM adalah langkah yang segar dan berani - Adam Adli

Adam yang merujuk kepada penurunan harga RON95 kepada RM1.99 sebagai bukti jelas komitmen kerajaan dalam meringankan beban rakyat. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pengumuman penghargaan kepada rakyat Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, disifatkan sebagai langkah berani dan segar oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim.
Ringkasan AI
- Adam Adli menyifatkan penurunan harga RON95 dan pemberian RM100 SARA sebagai bukti keberanian serta komitmen kerajaan MADANI meringankan beban rakyat.
- Inisiatif SARA diyakini beri impak positif kepada golongan belia yang paling terkesan dengan kos sara hidup berikutan tahap pendapatan lebih rendah.
- Jaminan tiada kenaikan bil elektrik serta penangguhan kenaikan kadar tol untuk 10 lebuh raya disifatkan sebagai penzahiran usaha kerajaan memahami keperluan rakyat.
“Setelah sekian lama, inilah penzahiran sebenar komitmen kerajaan kepada rakyat,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di Parlimen, Rabu.
Sebagai wakil suara anak muda, Adam menyambut baik inisiatif pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa berumur 18 tahun ke atas, yang menurutnya mampu menjadi pendapatan tambahan terutama bagi golongan belia.
“Anak muda antara kumpulan paling terkesan dengan kos sara hidup yang tinggi kerana pendapatan mereka masih rendah berbanding golongan dewasa,” katanya.
Adam menyifatkan keseluruhan pengumuman tersebut sebagai satu perkembangan positif yang memberi kelegaan kepada rakyat, khususnya selepas usaha berterusan kerajaan menstruktur semula ekonomi negara di peringkat mikro dan makro.
Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa tiada kenaikan bil elektrik akan berlaku bagi pengguna domestik, walaupun pelarasan tarif dijadual bermula Julai 2025.
Dalam masa sama, seramai 941,000 pengguna lebuh raya bakal mendapat manfaat daripada penangguhan kenaikan kadar tol melibatkan 10 lebuh raya di seluruh negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami