awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengundi atas pagar penentu kerusi Miri

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
17/01/2013
13:20 MYT
Pengundi atas pagar penentu kerusi Miri
Parti mana yang akan menang kerusi Parlimen Miri (P.219) akan ditentukan oleh pengundi atas pagar.
Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (UniMas), Dr Jeniri Amir meramalkan, kalau silap percaturan, kerusi itu boleh dimenangi oleh pembangkang.
BN dijangka akan ditandingi oleh DAP di Miri.
"Bedasarkan perkembangan semasa dijangkakan kerusi Miri akan berdepan masalah besar, dan kemungkinan jatuh jika perkiraannya salah dan Pengerusi Parti SUPP (Datuk Seri) Peter Chin (Fah Kui) bercadang pada mulanya untuk berundur tapi kemudian difahamkan beliau akan cuba pertahankan kerusi itu," kata Dr Jeniri.
Beliau berkata demikian kepada Astro Awani ketika ditemui pada Wacana Pra PRU-13: Siapa jadi pilihan? anjuran Majlis Profesor Negara, pada Khamis.
Peter Chin menyandang kerusi Parlimen Miri sejak 1990. Namun pada tahun lalu, beliau mengumumkan tidak akan bertanding dan mencadangkan Setiausaha Politiknya, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew untuk dipertimbangkan sebagai calon.
Keputusan Peter Chin itu menjadikan kerusi Parlimen Miri diintai oleh calon pilihan yang lain.
Tindakan itu menyebabkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air itu berada dalam dilema dan menarik semula keputusan beliau.
"Masalah atau persoalannya sekarang ialah kalaupun Peter Chin sendiri bertanding di situ mungkinkah beliau dapat pertahankan kerusi itu atau jatuh ke tangan pembangkang?
"Persoalan ini menarik untuk dilihat. Ia bergantung kepada bagaimana pengundi atas pagar membuat keputusan," katanya lagi.
Jelas Dr Jeniri, sebahagian besar pengundi atas pagar membuat keputusan berdasarkan perkembangan semasa parti, masyarakat setempat dan negeri.
Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10, menyaksikan Parlimen Miri antara kawasan yang diancam pembangkang apabila hanya Dewan Undangan Negeri (DUN) Senandin, di bawah Datuk Lee Kim Shin, berjaya mempertahan kerusi dengan majoriti 58 undi.
Sementara DUN Piasau dan Pujut berjaya dikuasai DAP.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Peter Chin
#Dr Jeniri Amir
#Parlimen Miri
#Universiti Malaysia Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan