BUTTERWORTH: Taman rekreasi Robina Eco Park di Telok Air Tawar, Butterworth ditutup selama lima hari bermula esok.
Arahan penutupan dibuat Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) susulan kehadiran pengunjung yang terlalu ramai sehingga ada yang mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan penutupan dibuat atas nasihat pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah membuat pemantauan sepanjang masa di kawasan tumpuan orang ramai tersebut.
Rozali berkata, pihaknya dimaklumkan kehadiran pengunjung terlalu ramai dianggarkan 700 hingga 1,000 orang pada satu masa dan boleh ia dijangka melebihi pada waktu petang serta hari minggu serta cuti umum.
Menurutnya, tindakan penutupan sementara itu sebagai langkah pencegahan awal bagi membendung penularan wabak COVID-19 dalam kalangan pengunjung.
Sehubungan itu, MBSP menyeru semua pengunjung dan orang awam yang mengunjungi taman rekreasi ini atau mana-mana taman rekreasi di seluruh Seberang Perai terutamanya seliaan MBSP agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan agar usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19 ini berjaya dilaksanakan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kehadiran pengunjung terlalu ramai berikutan cuti umum menyebabkan ada di kalangan mereka didapati gagal mematuhi SOP ditetapkan.
"Semasa pemantauan anggota kita semalam, kita mendapati ramai tidak memakai pelitup muka dengan betul, tiada penjarakkan fizikal malah ada juga pengunjung yang masih belum lengkap vaksin," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Berikutan itu, pihaknya telah memaklumkan perkara berkenaan kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Pegawai Daerah dan Pegawai Kesihatan Daerah berhubung cadangan penutupan tersebut.
Jelasnya, penutupan pusat rekreasi itu wajar memandangkan ia berada di kawasan zon merah.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Sep 17 2021
Taman rekreasi Robina Eco Park di Telok Air Tawar, Butterworth ditutup selama lima hari bermula esok. - Foto ihsan PDRM
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengunjung abai SOP, Robina Eco Park diarah tutup lima hari
Taman rekreasi Robina Eco Park di Telok Air Tawar, Butterworth ditutup selama lima hari bermula esok.