MELAKA: Orang ramai mula beratur di Zoo Melaka seawal 7 pagi selepas kerajaan negeri menawarkan kemasukan percuma ke destinasi pelancongan itu sempena cuti umum Peristiwa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu hari ini.
Seorang pengunjung, Mohd Noraidil Mohd Ali, 45, berkata dia bersama isteri dan tiga anaknya beratur sejak 7.15 pagi lagi sebelum dibenarkan masuk dua jam kemudian ke zoo yang mula dibuka kepada umum pada 9 pagi.
Peniaga kedai makan itu berkata walaupun terpaksa bersesak dengan ratusan pengunjung lain, dia gembira kerana hajat membawa tiga anak berusia 11 hingga 19 tahun ke ikon pelancongan negeri itu tercapai.
"Saya ingatkan hanya kami sekeluarga yang sampai awal, tetapi terkejut apabila melihat ramai lagi yang lebih awal daripada kami...ada yang dari 4 pagi sudah beratur. Kami sanggup beratur lama kerana bukan selalu dapat masuk percuma ke zoo ini, selain ingin bawa anak-anak yang sedang cuti sekolah berjalan-jalan.
"Kali terakhir datang ke Zoo Melaka lapan tahun lepas dan harga tiket ketika itu hanya sekitar RM7, tetapi kini mencecah RM30 seorang, jadi bila percuma seperti hari ini boleh jimat banyak," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Mohd Noraidil berkata selepas ke Zoo Melaka, mereka sekeluarga bercadang untuk ke Malaysia Heritage Studios (MHS) sebelum ke sambutan Peristiwa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang akan diadakan di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir malam ini.
Suri rumah, Norhayati Shamsudin, 42, dari Bukit Katil di sini berkata dia bersama 14 lagi ahli keluarganya mengambil peluang tawaran kemasukan percuma itu untuk berkunjung ke Zoo Melaka kerana kali terakhir melawat pusat pelancongan itu kira-kira 12 tahun lepas.
"Kami beratur seawal 7.30 pagi...masa mula sampai tadi memang bersemangat tetapi disebabkan cuaca panas ditambah pula orang terlalu ramai dan bersesak untuk masuk, mungkin lepas ini kami terus balik dan tidak jadi untuk ke tempat lain.
"Begitu pun, kami tetap berterima kasih kepada pengurusan Zoo Melaka dan kerajaan negeri kerana memberi peluang kepada rakyat tempatan masuk percuma ke beberapa destinasi pelancongan hari ini," katanya.
Remaja orang kurang upaya (OKU), A. Kirthijan, 17, dari Muar, Johor, berkata dia bersama ibu bapa dan adik perempuannya bertolak dari rumah seawal 7 pagi untuk melawat beberapa pusat pelancongan di negeri itu.
Dia yang menggunakan bantuan 'walker' kerana sukar berjalan berterima kasih kepada orang awam yang membantu dan memudahkan pergerakannya untuk masuk ke Zoo Melaka.
Pelancong dari Ipoh, Perak, P. Yeogasundari, 30-an yang tiba di Melaka semalam bersama suami dan dua anaknya pula berkata mereka agak terkejut dengan kehadiran pengunjung yang begitu ramai di Zoo Melaka dan MHS.
"Kami menginap di sebuah hotel di Banda Hilir dan hari ini mengikut perancangan akan ke Zoo Melaka tetapi tidak dapat masuk kerana terlalu ramai orang, jadi tukar perancangan ke MHS.
"Di MHS ini juga ramai orang, kami tidak tahu hari ini merupakan cuti umum negeri ini dan rakyat tempatan dapat masuk ke beberapa pusat pelancongan secara percuma," katanya yang akan pulang ke Ipoh esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024
Pengunjung dari dalam dan luar Melaka beratur panjang dan bersesak untuk masuk percuma ke Zoo Melaka sempena cuti umum negeri bagi memperingati Peristiwa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. - Bernama
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
Taman safari berkonsep terbuka terbesar di Malaysia akan dibina di Melaka
Sebuah taman safari berkonsep terbuka yang terbesar di Malaysia dengan kapasiti anggaran seluas 20.2 hektar akan diwujudkan di negeri ini.
Zirafah dari Afrika tarikan baharu Zoo Melaka
Zirafah betina bernilai lebih RM200,000 itu dibawa masuk menerusi inisiatif menaik taraf Zoo Melaka.
Pengunjung Zoo Melaka cedera dihempap pokok tumbang
Seorang lelaki yang berusia 43 tahun patah kaki, manakala isteri dan anak lelakinya mengalami kecederaan ringan.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Jualan tiket masuk Zoo Melaka catat kutipan lebih RM800,000
Kedatangan pengunjung ke zoo tersebut mencecah lebih 1,000 orang sehari, dengan jumlah tertinggi direkodkan semalam iaitu 3,500 orang.
Terjejas COVID-19: Zoo Melaka perlu RM600,000 sebulan tampung kos operasi
Sebanyak RM250,000 diperlukan untuk membeli makanan bagi 550 haiwan daripada 250 spesies yang ditempatkan di Zoo Melaka.
Langgar SOP, kerajaan boleh tarik kelonggaran - Ismail Sabri
Kerajaan boleh menarik balik kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) yang diberikan pada ketika ini sekiranya orang ramai terus melakukan pelanggaran.
Taja haiwan Zoo Melaka menerusi program Zoobilation
Nilai tajaan untuk setiap haiwan berkenaan ialah minimum RM20,000 sehingga RM2 juta bagi gajah Asia.
Nilai semula Monorel Melaka
Setakat ini perkhidmatan monorel pelancongan itu masih diteruskan bagaimanapun kajian menyeluruh pelaksanaan setiap produk memerlukan penilaian semula.
Perhilitan nafi cuba tutup isu 'haiwan hilang' di Zoo Melaka
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) didakwa cuba menutup isu 'haiwan hilang' di Zoo Melaka.