awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus hartanah mengaku tidak bersalah campak kucing dari tingkat 15

Bernama
Bernama
21/10/2022
08:10 MYT
Pengurus hartanah mengaku tidak bersalah campak kucing dari tingkat 15
Chan Kam Kin dihadapkan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini, atas pertuduhan melakukan khianat terhadap seekor kucing. - Foto BERNAMA
PETALING JAYA: Seorang pengurus hartanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan khianat terhadap seekor kucing dengan mencampakkan haiwan itu dari tingkat 15 di sebuah pangsapuri di Jalan PJS 8/9 di sini, Isnin lepas.
Chan Kam Kin, 44, didakwa melakukan perbuatan tersebut sehingga menyebabkan kematian ke atas haiwan itu pada 7.30 malam.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Aqharie Durranie Aziz menawarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, peguam Kailash Sharma yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya mempunyai seorang anak berusia lapan tahun serta tidak berpendapatan tetap.
Majistret Zhafran Rahim Hamzah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Jan 2023 untuk sebutan kes.
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan berikutan laporan polis yang diterima berhubung tindakan suspek mencampakkan kucing milik jirannya dari tingkat 15 di sebuah pangsapuri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Khianat terhadap kucing
#campak kucing
#tingkat 15 pangsapuri
#pengurus hartanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan