awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terperdaya pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
16/05/2024
15:00 MYT
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Menurut Mohamad Hatta, penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian merupakan antara kes mencatatkan jumlah kerugian tertinggi berbanding kes lain bagi suku tahun pertama kali ini. - Gambar hiasan/Freepik
SEREMBAN: Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata lelaki berusia 51 tahun itu berurusan melalui aplikasi WhatsApp dengan beberapa individu tidak dikenali dan melakukan pindahan wang dari tempoh 21 Mac hingga 12 Mei.
"Mangsa telah membuat pindahan wang sebanyak 19 kali menggunakan wang miliknya sendiri. Lelaki itu membuat laporan polis semalam setelah menyedari ditipu oleh sindiket itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Menurutnya penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian merupakan antara kes mencatatkan jumlah kerugian tertinggi berbanding kes lain bagi suku tahun pertama kali ini.
Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpedaya kepada pihak menawarkan pelaburan secara dalam talian dengan keuntungan tinggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelaburan
#dalam talian
#pindahan wang
#keuntungan tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan