awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terperdaya pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
17/09/2024
12:09 MYT
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat kerugian RM420,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud. - Foto hiasan
IPOH: Seorang pengurus syarikat kerugian RM420,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata lelaki berusia 33 tahun itu mula terperdaya selepas melayari laman sosial Facebook dan berkenalan dengan seorang wanita pada 24 Ogos.
Beliau berkata wanita itu telah mengajak mangsa melabur dan memberi satu pautan untuk urusan pelaburan berkenaan.
"Mangsa kemudian memindahkan wangnya ke empat akaun syarikat berbeza kesemuanya berjumlah RM420,000 bermula 7 hingga 14 Sept lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Abang Zainal Abidin berkata mangsa mengesyaki dirinya ditipu apabila tidak dapat melayari pautan terbabit dan membuat laporan polis pada Ahad lepas.
Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa menggunakan wang simpanannya untuk tujuan 'pelaburan' berkenaan semasa mangsa berada di Filipina, China dan Johor.
Kes berkenaan, katanya disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengurus syarikat kerugian
#pelaburan tidak wujud
#Polis Daerah Ipoh
#laman sosial Facebook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan