awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurusan kes inkues Muhammad Adib pada 18 Jan

Bernama
Bernama
28/12/2018
06:55 MYT
Pengurusan kes inkues Muhammad Adib pada 18 Jan
Prosiding inkues ke atas kematian Muhammad Adib (gambar) akan dijalankan di Mahkamah Koroner yang bersidang di Kompleks Mahkamah Shah Alam.
Pengurusan kes inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ditetapkan pada 18 Januari ini.
Peguam Cara III Datuk Mohd Hanafiah Zakaria, ketika dihubungi media pada Jumaat berkata, pihak Jabatan Peguam Negara telah memfailkan dokumen kes di Pejabat Pendaftar Mahkamah Shah Alam pada Khamis dan mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh berkenaan.
Prosiding inkues itu akan dijalankan di Mahkamah Koroner yang bersidang di Kompleks Mahkamah Shah Alam, katanya.
BACA: Inkues pastikan siasatan kematian Adib lebih menyeluruh - Zuraida
PAda Khamis, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya, berkata Majistret akan diarah melakukan satu inkues bagi menentukan sebab kematian Muhammad Adib.
Beliau berkata perkara berkenaan dimaklumkan sendiri Peguam Negara Tommy Thomas kepadanya melalui perbincangan yang diadakan selepas penemuan dapatan tertentu pihak polis melalui rakaman percakapan saksi, lakonan semula dan hasil bedah siasat pihak forensik patalogi yang hanya boleh didedahkan di mahkamah kelak.
Muhyiddin berkata, Peguam Negara selaku Pendakwa Raya dalam menjalankan kuasanya di bawah Seksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah akan mengarahkan Majistret membuat siasatan (inkues) di bawah Bab XXXII Kanun yang sama bagi menentukan sebab kematian Allahyarham.
BACA: Kes Adib: Titisan air mata Sultan Nazrin, mahu pelaku dikenakan hukuman setimpal
Beliau berkata dalam prosiding inkues itu, Majistret mempunyai kuasa yang luas di bawah Seksyen 328 Kanun Tatacara Jenayah yang memberi erti sebab kematian.
Ini, katanya, termasuk mempertimbangkan bagaimana Muhammad Adib menemui ajalnya dan sama ada kematiannya disebabkan, atau dipercepatkan oleh, apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang menyalahi undang-undang yang dilakukan orang lain.
Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah selepas dipercayai diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov lepas.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada 17 Dis. -- Bernama
Topic Berkaitan
#inkues
#kuil sri maha mariamman
#Muhammad Adib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan