PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 14 Mei depan bagi pengurusan kes rayuan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun dan dua kali sebatan bagi kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.
Peguam Syed Saddiq, Datuk Hisyam Teh Poh Teik ketika dihubungi mengesahkan penetapan tarikh pengurusan kes tersebut.
Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes hari ini sebelum Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed menetapkan pengurusan kes seterusnya bagi rayuan tersebut berikutan alasan penghakiman dan rekod rayuan masih belum siap.
Pada 9 Nov tahun lepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta dan dua sebatan terhadap Syed Saddiq selepas disabit dengan empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang.
Syed Saddiq, 31, yang merupakan Menteri Belia dan Sukan dari 2018 hingga 2020 didakwa bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari Armada Rafiq Hakim Razali yang diamanahkan dengan dana Armada berjumlah RM1 juta untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral, Kuala Lumpur pada 6 Mac 2020 mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan.
Bagi pertuduhan kedua di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan, beliau didakwa menyalahguna harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu.
Bagi dua pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA), beliau didakwa melakukan aktiviti pengubahan wang haram dengan memindahkan wang masing-masing RM50,000 dipercayai hasil aktiviti haram dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 Jun 2018.
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 15 2024
Mahkamah Rayuan menetapkan 14 Mei depan bagi pengurusan kes rayuan Syed Saddiq (tengah) terhadap sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun dan dua kali sebatan. -Gambar fail
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Pengurusan kes rayuan Syed Saddiq ditetapkan 14 Mei
Peguam Syed Saddiq, Datuk Hisyam Teh Poh Teik ketika dihubungi mengesahkan penetapan tarikh pengurusan kes tersebut.
Jelajah PN: Syed Saddiq beri penjelasan kepada kepimpinan MUDA
Syed Saddiq berkata sebarang keputusan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti, perlu dibuat demi kepentingan rakyat dan bukan atas nama parti.
Rakyat label 2024 sebagai “Tahun Mahal Dah Ni” - Syed Saddiq
Syed Saddiq meminta kerajaan jujur dan ikhlas dalam memberi penerangan terhadap pengenalan dan kenaikan cukai yang dilaksana dalam negara.
Naikkan gaji penjawat awam, hapuskan pencen menteri, wakil rakyat
Politik berubah tetapi penjawat awam kekal, tegas Syed Saddiq.
Syed Saddiq lantik peguam baharu untuk rayuan terhadap sabitan, hukuman
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melantik peguam baharu bagi mewakili beliau dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan.
Penurunan had umur belia percepat kematangan mereka - Pakar
Hampir empat tahun diluluskan oleh Parlimen, akhirnya kerajaan mengumumkan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019.
Syed Saddiq kosongkan jawatan Presiden MUDA
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mengosongkan jawatan presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati beliau bersalah.
Syed Saddiq fail notis rayuan, kurang 5 jam selepas dijatuhi hukuman
Pihak pembelaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi pada jam 3 petang, Khamis.
Kronologi kes Syed Saddiq berhubung dana Armada
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi hari ini.