awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin

Bernama
Bernama
01/02/2025
16:05 MYT
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan. - Bernama
SEKINCHAN: Kerajaan Selangor akan memanggil pihak pengurusan sebuah taman tema terkenal di Shah Alam berikutan insiden seorang pengunjung cedera tertimpa pelampung permainan gelongsor air kaca yang terjatuh pada Rabu lepas.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit antara lain membabitkan isu keselamatan sebelum tarikan terbaharu taman tema itu dibenarkan beroperasi semula.
"Buat masa ini operasinya dihentikan. Jika mereka memenuhi spesifikasi ditetapkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan permohonan seterusnya kita teliti semula aspek keselamatan, baru ia akan dibenarkan beroperasi semula," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Sambutan Perayaan Thaiponggal 2025 Peringkat Negeri Selangor di sini pada Sabtu.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan seorang pengunjung cedera tertimpa pelampung permainan gelongsor air kaca yang terjatuh di sebuah taman tema di Seksyen 7, Shah Alam pada malam 29 Jan lepas.
Susulan itu, MBSA menerusi kenyataan pada 31 Jan lepas turut mengesahkan telah mengeluarkan sembilan notis terhadap taman tema berkenaan, antaranya membabitkan tiga notis amaran pada 14 Nov 2024 dan satu notis amaran pada 19 Jan lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pihak pengurusan
#keselamatan
#Taman Tema
#Amirudin Shari
#gelongsor air kaca
#shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan