Pengusaha dan pemandu lori bauskit di sini pada Khamis memohon agensi dan penguat kuasa berkaitan dapat memberi kerjasama dalam urusan pengangkutan bahan mineral itu ke pelabuhan sehingga tempoh moratorium bermula pada 15 Januari ini.
Pengusaha lori bauksit Khor Chin Keat, 31, berkata mereka tidak mempunyai masalah untuk mematuhi arahan penangguhan itu, namun hendaklah diberikan masa secukupnya untuk mencari pendapatan bagi menampung tempoh tiga bulan penangguhan itu.
Beliau, yang mempunyai 20 buah lori sejak terlibat dalam urusan pengangkutan bauksit setahun yang lalu, berkata pihaknya juga tidak mempunyai masalah untuk mengikuti arahan membersihkan lori sebelum melalui jalan utama bagi menjaga alam sekitar.
"Kita akur jika mereka suruh kita berhenti operasi tiga bulan. Tapi beri peluang untuk kita bawa keluar (bauksit) setakat masa yang ada. Jangan sukarkan kami seperti pagi ini, ada pegawai dari Pejabat Tanah dan Galian (PTG) yang datang ke sini," katanya kepada pemberita di Felda Bukit Goh di sini.
Katanya beliau bimbang gangguan daripada pihak terlibat akan menjejaskan pendapatan pemandu lori, memandangkan pendapatan mereka adalah tidak menentu dan hanya bergantung kepada trip perjalanan yang berjumlah sekitar RM60 bagi satu perjalanan.
Pinjam wang
Sementara itu, pemandu lori, Zul Ahmad, 41, berkata ada rakan sekerjanya yang terpaksa meminjam wang daripada pengusaha lori kerana kekurangan trip ekoran bimbang untuk memandu lori ke pelabuhan kerana melihat operasi oleh jabatan penguatkuasaan.
"Ramai yang ingat bawa lori bauksit mudah. Tapi sebenarnya kami perlu masuk ke kawasan simpanan bauksit pada pukul 4 pagi dan adakalanya pada pukul 6 petang baru boleh keluar membawa bauksit ke pelabuhan.
"Di pelabuhan kami perlu menunggu lagi beberapa jam untuk menurunkan bauksit. Jadi untuk satu hari kami hanya dapat melakukan satu atau dua trip sahaja dan jika bernasib baik, baru dapat tiga perjalanan," katanya.
Zul berkata pada awal membawa lori bauksit sekitar enam bulan lalu, beliau boleh memperoleh pendapatan sehingga RM7,000, namun sejak akhir-akhir ini, agak sukar untuk memperoleh RM1,500.
Berhubung penangguhan aktiviti perlobongan bauksit selama tiga bulan, katanya beliau mahu mengumpulkan wang yang cukup untuk pulang ke Pulau Pinang kerana kos untuk membawa lori pulang dianggarkan sebanyak RM700, sebelum mencari kerja lain sementara menunggu kebenaran beroperasi semula.
Ansuran tertunggak
Seorang lagi pemandu lori, K. Siva dari Ipoh, Perak berkata bayaran ansuran lori 18 tayar yang dibelinya pada harga RM160,000 telah tertunggak selama dua bulan, ekoran kurang mendapat trip untuk membawa bauksit.
Katanya, beliau perlu mengutamakan perbelanjaan keluarga dan tiga anaknya yang masih bersekolah di Perak, menyebabkan ada masanya beliau hanya makan mi segera atau roti untuk menggalas perut.
"Untuk pulang ke Ipoh juga perlukan wang. Jika mereka asyik kacau kita, bagaimana kita mahu pulang? Itu baru kos untuk pulang, belum lagi untuk tampung tiga bulan kita tidak bekerja," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Penyelaras Masalah Bauksit Bukit Goh, Shahrudin Mohd memohon pihak telibat untuk mendengar rayuan pengusaha dan pemandu lori bagi mengurangkan beban kewangan mereka ekoran pengumuman pemberhentian operasi dibuat secara mengejut.
Katanya, pengusaha dan pemandu lori sentiasa bersedia berbincang dengan dengan agensi terlibat dalam isu berkaitan bauksit, namun mendakwa tiada wakil yang hadir pada perjumpaan yang diadakan enam bulan lalu.
Bernama
Thu Jan 07 2016
Pengusaha perlombongan dan pemandu lori mendakwa pendapatan mereka terjejas. - Gambar fail
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Kegiatan punggah keluar hasil galian, Pahang beri kerjasama kepada SPRM
Kerajaan Pahang akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM untuk menjalankan siasatan kegiatan memunggah keluar hasil galian dipercayai mengandungi bauksit.
Lynas nafi ada kaitan dengan video tongkang muatan bauksit tenggelam
Kejadian itu bukannya berlaku di Malaysia dan bahan yang terkandung dalam tongkang itu adalah bijih nikel, dan bukan bauksit.
Bauksit: Cari 'kelompongan' dalam SOP baharu sepanjang tempoh percubaan
Tempoh percubaan itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi mencari jika masih ada 'kelompongan' yang perlu dibaiki.
Pahang mungkin jadi tapak pelupusan sisa Lynas - Dr Mahathir
Pahang mungkin dipilih menjadi lokasi tempat pembuangan sisa Lynas jika ia diputuskan selamat oleh pakar, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jumlah pembuangan pekerja menerusi skim VSS antara isu Dewan Rakyat hari ini
Datuk Seri Mustapa Mohamed mahukan penjelasan daripada Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran tentang peluang pekerjaan yang disediakan kepada mereka yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan.
Nasib peneroka terlibat perlombongan bauksit jadi persoalan
Kebanyakan peneroka mahukan kerajaan membenarkan semula aktiviti tersebut diteruskan dalam tempoh terdekat.
Bauksit: Penduduk harap mimpi buruk tidak berulang dengan SOP baharu
Kerungsingan berkaitan debu merah juga menyelubungi peniaga kerana kedai makan yang diusahakan sejak 14 tahun lalu terletak di laluan lori bauksit.
Permaisuri Agong tunjuk bakat reka corak baju guna bauksit
Jika dua hari lalu Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar mendedahkan baginda memiliki baju kurung daripada kain Tenun Diraja Pahang bauksit, har
Saya ada tenun 'bauksit' - Permaisuri Agong
Tunku Azizah bertitah kain tersebut 'diilhamkan' apabila baginda dituduh oleh segelintir pihak kononnya baginda terlibat dalam perlombongan bauksit.
Pengusaha bauksit mahu kerajaan tarik balik moratorium
20 pelombong berdaftar di bawah PPMNP berharap kerajaan dapat membuat pertimbangan memandangkan banyak pihak dalam industri itu menanggung kerugian.