KUALA LUMPUR: Pernah atau tidak anda membeli makanan basi, atau tertipu dengan imej makanan yang tidak sama dengan dihidangkan di bazar Ramadan?
Menjengah beberapi hari memasuki bulan Ramadan, peniaga makanan di bazar dinasihatkan jujur dalam menyediakan makanan terutamanya dari sudut kualiti dan penjagaan makanan.
Menurut Perunding Kursus Kejuruteraan Makanan, Yusainy Yusop, selain untuk mendapatkan keuntungan, antara matlamat yang penting dalam penyediaan makanan ialah keberkatan daripada pengguna.
"Kepada peniaga-peniaga, salah satu matlamat yang kita nak capai pada berniaga bulan yang mulia, selain jualan, kedua keuntungan dan yang ketiga kita mahu keredhaan dan keberkatan yang lebih.
"Jadi kepada peniaga, anda perlu jujur dalam berniaga terutama dari sudut kualiti barangan mentah, penyediaan dan rupa makanan," katanya.
Menurut Yusainy, setiap peniaga bazar Ramadan yang memasak di rumah atau di kedai perlu menetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang mematuhi aspek penjagaan makanan.
Ia bagi memastikan pembeli juadah dapat menikmati makanan yang dihidangkan tanpa sebarang komplikasi kesihatan selepas mengambilnya.
"Jangan kita mengambil mudah, kita perlu ada SOP tersendiri bagi memastikan elemen kebersihan, pematuhan kebersihan dan keselamatan makanan dijaga.
"Kita tidak mahu ada kes kesihatan, hingga sebelum ini ada menyebabkan kematian kerana memakan hidangan yang dibeli di bazar Ramadan," tambahnya lagi ketika ditembual dalam program AWANI Pagi pada Sabtu.
Azib Zikry
Sat Mar 09 2024
Peniaga makanan di bazar dinasihatkan jujur dalam menyediakan makanan terutamanya daripada sudut kualiti dan penjagaan makanan - Gambar hiasan
Belian baharu tingkatkan Bursa Malaysia
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI naik 2.28 mata kepada 1,602.95 daripada 1,600.67 pada Jumaat lepas.
Dua kakitangan KKM cedera, pacuan empat roda terbabas di lebuh raya
Kemalangan berlaku kira-kira satu kilometer daripada lokasi sebuah bas terbabas menyebabkan 41 penumpang dan pemandu cedera, semalam.
Eulogi mendiang Mutang Tagal sentuh jiwa ramai
Ucapan memperingati kebaikan dan keperibadian Mutang yang disampaikan tiga orang anak dan adik mendiang membuatkan ramai yang menitiskan air mata.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.01 pagi, ringgit merosot kepada 4.7420/7465 berbanding dolar AS daripada 4.7385/7410 pada Jumaat lepas.
Kapal perang TCG Kinaliada milik Turki singgah Malaysia
Dalam pelayaran ke Jepun, Malaysia menjadi negara ketujuh yang menjadi persinggahan TCG Kinaliada.
Wanita 'posing cantik' di jalan rosak
Ummu Hani turut menjelaskan bahawa jalan yang rosak itu merupakan jalan penghubung yang sangat penting buat penduduk di kawasan berkenaan.
Bibik 'sakit jantung' tengok bil elektrik melambung
Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di laman sosial, TikTok milik @Alyaninazirah, telah tular dan menjadi bualan ramai.
Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemukan di perairan Bangladesh
Buat masa ini, mayat mangsa masih berada di Bangladesh untuk proses bedah siasat.
PM Anwar akan bertemu 30 pemimpin industri, ketua negara semasa lawatan rasmi
Secara kebetulan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia dan Qatar, yang bermula sejak 1974.
Pemandu terselamat, kereta dihempap pokok tumbang
Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu, pemandu wanita berusia dalam lingkungan 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan.
Presiden Jokowi lawat pasar di Wilayah Jambi
Jokowi menekankan kepentingan menambah baik pasar untuk kesejahteraan peniaga dan keperluan memantau harga barangan keperluan.
Perdana Menteri luang masa tinjau bazar Ramadan di Kangar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Persiaran Wawasan di sini, bersempena dengan lawatan singkatnya ke Perlis.
Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati
Lim yang gembira dengan keputusan mahkamah sempat berterima kasih kepada peguam, K Mahendran, sebaik keputusan pendakwaan dibacakan hakim.
Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya
Pemantauan dijalankan pihaknya terutama di premis perniagaan yang tidak meletakkan tanda harga atau mengelirukan pelanggan.
Sebanyak 496 notis dikeluarkan terhadap peniaga menerusi Ops Kesan 2024
Sebanyak 496 notis telah dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sehingga semalam menerusi Ops Kesan 2024 terhadap peniaga-peniaga yang didapati melakukan perub
Mengaku dua tuduhan rasuah, peniaga didenda RM20,000
Dia didakwa memberi suapan wang tunai RM3,000 kepada seorang pegawai TNB sebagai satu balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan.
Peniaga bazar perlu jujur menjual juadah, jaga keberkatan Ramadan
Pernah atau tidak anda membeli makanan basi, atau tertipu dengan imej makanan yang tidak sama dengan dihidangkan di bazar Ramadan?
Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN
Insentif RM50 kepada peniaga yang tawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai di lapan Bazar Rahmah di Terengganu sepanjang Ramadan ini.
Ops Kesan bermula 1 Mac, pantau kenaikan cukai perkhidmatan
Kementerian Perdagagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memulakan Ops Kesan 2024 bermula 1 Mac.
Video tular Pasar Siti Khadijah bukan gambaran sebenar - Peniaga
Mereka mendakwa, setiap hari pasar itu meriah dengan kehadiran pelancong domestik yang mahu menikmati makanan dan membeli barangan terutama pada musim cuti perayaan serta persekolahan.