awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga bazar Ramadan diminta tidak jual makanan basi

Bernama
Bernama
13/03/2025
15:00 MYT
Peniaga bazar Ramadan diminta tidak jual makanan basi
Mohamed Fadzli turut mengingatkan peniaga agar tidak mengambil kesempatan pada bulan Ramadan dengan mengenakan harga tidak munasabah kepada pelanggan. - Gambar hiasan/Bernama
KOTA BHARU: Peniaga bazar Ramadan di Kelantan diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan dan tidak menjual makanan yang telah rosak bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan kepada pelanggan.
Timbalan Menteri Besar Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata penjualan makanan basi atau tidak lagi selamat dimakan bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan pembeli tetapi turut menimbulkan persoalan mengenai keberkatan rezeki yang diperoleh.
"Jika lauk yang sudah rosak masih dijual, dibimbangi kita memperoleh pendapatan yang tidak berkat, bahkan mungkin menjadi haram.
"Rezeki daripada jualan pada bulan Ramadan sepatutnya bersih, halal dan baik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Nur Ramadan Wanita Peringkat Negeri Kelantan di Masjid Muhammadi di sini hari ini.
Beliau berkata keunikan makanan Kelantan antara tarikan utama pelancongan di negeri berkenaan, justeru aspek kebersihan, keaslian resipi dan harga perlu sentiasa dipelihara.
Mohamed Fadzli turut mengingatkan peniaga agar tidak mengambil kesempatan pada bulan Ramadan dengan mengenakan harga tidak munasabah kepada pelanggan.
"Kelantan terkenal dengan makanan enak, harga berpatutan serta masyarakat yang mesra. Saya menyeru agar peniaga menjadi duta negeri ini kerana mereka berada di barisan hadapan dalam memperkenalkan imej Kelantan kepada orang ramai," katanya.
Semalam, sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati ikan cencaru berlada yang dibeli di sebuah gerai di Wakaf Zin, Bachok dipenuhi ulat ketika dipanaskan untuk sahur.
Pembeli itu mendakwa lauk berkenaan dibeli petang sebelumnya, sebelum disedari mengandungi banyak ulat mati di bahagian dalam ikan.
-- BERNAMA
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Bazar Ramadan
#pelancongan
#duta negeri
#risiko kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan