JOHOR BAHRU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang peniaga membela diri atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isterinya, tiga tahun lepas.
Hakim Fatimah Zahari membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Rosmaini Abd Raof, 41.
Mahkamah bagaimanapun menetapkan 24 Jan ini untuk menentukan tarikh perbicaraan.
Pada 17 Jun 2021, Rosmaini didakwa memukul kepala, muka, tangan dan menghentakkan kaki pada belakang tangan Jahidah Nordin@Sylvester, 46, yang ketika itu masih isteri ketiganya, sehingga mangsa cedera parah.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah pangsapuri di Kampung Aman, Larkin di sini pada 6 pagi 4 Mei 2021 mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama, yang memperuntuk hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum mengikut seksyen kesalahan.
Kes ini mendapat perhatian masyarakat kerana mangsa, seorang penjawat awam, hamil ketika kejadian serta parah dan koma sebelum selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan pada 30 Nov 2021.
Pada 15 Mac tahun lepas, Mahkamah Rendah Syariah Seremban membenarkan permohonan fasakh yang dikemukakan keluarga Jahidah pada 1 Feb 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 17 2024
Mahkamah Sesyen memerintahkan peniaga, Rosmaini Abd Raof, (kiri) membela diri atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isterinya. - Foto Bernama
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Pengurus kargo cederakan isteri dan anak, jalani hukuman penjara dua tahun
Hakim mengeluarkan waran penahanan terhadap Sritharan yang dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuannya, untuk dibawa ke penjara.
Peniaga diarah bela diri atas pertuduhan cederakan bekas isteri sehingga parah
Seorang peniaga diperintah membela diri atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isterinya.
Cederakan isteri dengan rotan: Pemilik restoran dipenjara 10 tahun, empat sebatan
Seorang pemilik restoran dihukum penjara 10 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen Tawau hari ini kerana mencederakan isterinya menggunakan sebatang rotan minggu lepas.
Tukang kayu didakwa cederakan isteri dengan rotan
Seorang tukang kayu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya dengan merotan wanita itu.
Lelaki dituduh pukul isteri guna ekor ikan pari sehingga cedera di perut
tertuduh telah memukul isterinya yang berusia 31 tahun sehingga cedera di bahagian perut pada Selasa lalu di rumah mereka.
Lelaki kahwin dua didakwa cederakan isteri pertama
Tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada isteri pertamanya berusia 54 tahun di sebuah rumah di Bertam Ulu, Melaka.