awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga kedai makan bangga PM sudi nikmati kuetiau kerang

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
29/04/2023
01:15 MYT
Peniaga kedai makan bangga PM sudi nikmati kuetiau kerang
Anwar meluangkan masa kira-kira 30 minit menikmati makanan di kedai 'Iman Koeyteow Kerang' di Alor Setar malam tadi. Turut kelihatan, Mohammed Taufiq (dua, kiri). - Foto Astro AWANI
ALOR SETAR: Peniaga kuetiau kerang di Jalan Sultanah Sambungan di sini teruja dan bangga malam tadi apabila masakan di kedainya dinikmati Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pemilik 'Iman Koeyteow Kerang', Othman Rejab, 60 tahun, berkata, menjadi sejarah besar buatnya dan keluarga apabila dapat menghidangkan makanan kepada pemimpin nombor satu negara itu.
Menurutnya, selama berniaga lebih 28 tahun, dia tidak pernah menyangka dan terkejut apabila pertama kali menerima kunjungan pemimpin yang sebelum ini hanya dilihat di kaca televisyen sahaja.
Lebih mengujakan, tambahnya, Perdana Menteri hanya duduk di meja dan kerusi plastik di kedainya, tanpa sebarang hiasan istimewa.
“Saya sebagai rakyat saya rasa terharu, rasa suka benarlah, kerana Perdana Menteri sudi datang ke sini.
"Malam ini Perdana Menteri kita nampak bersahaja dan bersantai dengan rakyat jelata, makan dan bergambar bersama-sama,” katanya.
Turut berkongsi perasaan sama, anak sulungnya, Muhammad Nabil Othman, 28 tahun, yang menggoreng kuetiau untuk dihidangkan kepada Anwar.
Katanya, pengalaman ini akan terpahat sepanjang hidupnya apatah lagi masakannya itu menerima pujian Perdana Menteri.
Muhammad Nabil bersemangat dan bangga apabila masakannya menerima pujian Perdana Menteri. - Foto Astro AWANI
Muhammad Nabil bersemangat dan bangga apabila masakannya menerima pujian Perdana Menteri. - Foto Astro AWANI
“Bagi saya, terujalah dengan kedatangan Perdana Menteri secara mengejut macam ini. Dan selama 10 tahun saya masak, ini paling seronoklah.
"Memang kejutan yang besar bagi saya dapat bagi Perdana Menteri makan. Saya memang bersemangat, hendak masak tadi pun rasa terkejut, biar betul benda ini jadi! Tiba-tiba dan tidak dirancang.
"Perdana Menteri cakap pada saya, masakan saya sedap dan minta saya kekalkan. Pujian itu sudah tentu buat saya rasa bangga,” ujarnya.
Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira 30 minit menikmati kuetiau kerang, lemang dan sate di kedai berkenaan, diiringi pemimpin lain termasuk Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari dan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Mereka tiba di kedai makan itu kira-kira jam 11.40 malam.
Anwar turut menyantuni dan bersalaman dengan pengunjung yang berada di kedai terbabit.
Terdahulu, beliau hadir pada program Himpunan Madani Kedah 2023 di Dataran Stargate dan singgah sebentar di kedai berkenaan sebelum pulang ke hotel penginapannya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#kuetiau kerang
#peniaga di Alor Setar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan