PASIR GUDANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sudah mengenakan kompaun RM1,500 terhadap peniaga makanan laut di Tepian Tebrau di sini selepas tular menjual makanan dengan harga yang terlalu mahal.
Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, kompaun tersebut dikenakan selepas pihaknya melengkapkan dua kertas siasatan terhadap peniaga terbabit.
"Peniaga ini dikompaun kerana kesalahan tidak meletakkan tanda harga dan terdapat unsur pencatutan iaitu menjual pada harga tidak munasabah.
"Peniaga terbabit telah dikenakan kompaun iaitu RM500 kerana tidak meletakkan tanda harga dan RM1,000 kerana pencatutan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Rahmah Kasih Sayang Bangsa Johor 2023 di Stadium Bandaraya Pasir Gudang di sini pada Sabtu.
Turut hadir Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo; Datuk Bandar Pasir Gudang, Datuk Asman Shah Abd Rahman dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.
BACA: Dicaj RM1,260, isteri Mawi terkejut harga makanan 'cekik darah'
Fuziah berkata, apa yang berlaku itu seharusnya dijadikan pengajaran buat kedua-dua pihak iaitu peniaga perlu berniaga dengan telus manakala pengguna perlu tahu harga produk atau makanan yang dibeli mereka.
Jelas beliau, pengguna mempunyai hak untuk tahu harga sebelum makan atau pun membuat sebarang pembelian.
Tambah Fuziah, tindakan kompaun tersebut tidak bertujuan sebagai hukuman kepada peniaga sehingga menyebabkannya menutup perniagaan sebaliknya sebagai pengajaran kepada semua pihak.
Oktober lalu, isteri kepada penyanyi Mawi, Ekin Rahmat meluahkan ketidakpuasan hatinya dengan mendakwa harga yang dikenakan sebuah kedai di medan selera Tepian Tebrau itu terlampau mahal iaitu berjumlah RM1,260.
Namun begitu, pemilik premis tersebut dalam satu video balas memberi penjelasan berhubung harga dikenakan dan memaklumkan harga itu adalah untuk hidangan dipesan seramai 20 orang.
Dia turut memperincikan setiap butiran hidangan yang dipesan Ekin sebagai justifikasi terhadap harga berkenaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 09 2023
Oktober lalu, Ekin mendakwa harga yang dikenakan sebuah kedai di medan selera Tepian Tebrau terlampau mahal iaitu berjumlah RM1,260. - Gambar fail
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
Peniaga makanan laut tular dikompaun RM1,500
Kompaun tersebut dikenakan selepas pihaknya melengkapkan dua kertas siasatan terhadap peniaga terbabit.
KPDN serah kertas siasatan kes restoran makanan laut kepada pendakwa raya
KPDN Johor telah menyerahkan dua kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya berhubung sebuah restoran makanan laut di bandar raya ini yang didakwa mengenakan caj bayaran mahal kepada pelanggan.
Restoran makanan laut didakwa kenakan caj mahal diberi notis justifikasi - KPDN
Tindakan awal terhadap peniaga itu dibuat mengikut Seksyen 12 Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana meletakkan harga mengelirukan.
Pengunjung restoran lepas semula lobster berharga RM1,020 kerana kasihan
Pengunjung lain dan kakitangan restoran terkejut dengan kejadian tersebut kerana mereka menyangka bahawa dia hanya bergurau.
Dakwaan culas bayar bil: Pelanggan diminta hubungi restoran, selesaikan masalah
Dalam hantaran terbaharu di Facebook, pihak restoran terbabit sekali lagi tampil bagi menjelaskan situasi yang berlaku ketika itu dengan pelanggan tersebut.
Pelanggan nafi dakwaan culas bayar bil restoran makanan laut
Pelanggan terbabit berharap agar salah faham itu dapat diselesaikan dengan baik dan segera.
Kerapu gergasi 'keratang' seberat 160kg ditangkap perairan Labuan
Kerapu yang ditangkap itu berukuran lebih dari tujuh kaki (2.1 meter) panjang.
Mangsa culik di Sandakan giat dikesan
Polis Sabah giat mengesan suspek serta dua mangsa yang diculik empat lelaki bersenjata dari sebuah restoran makanan laut di Sandakan malam tadi.