KUCHING: Seorang warga emas kerugian RM231,792 gara-gara terpedaya dengan ramalan tiga individu yang mengaku sebagai tukang tilik nasib.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, insiden tersebut berlaku pada Jumaat, 23 Jun lalu dan pihaknya menerima aduan daripada wanita berusia 65 tahun itu pada Selasa, 27 Jun.
“Mangsa didatangi sekumpulan tukang tilik semasa berniaga di gerai jualannya di Pasar Sentral, Sibu.
“Dia kemudian diberitahu perlu disembahyangkan bagi membuang nasib malang yang bakal menimpa dirinya dan perlu membayar sejumlah wang bagi melengkapkan ritual sembahyang tersebut.
“Warga emas yang ketakutan itu kemudian mengeluarkan RM231,792 dan menyimpan wang tersebut ke dalam beg sebelum menyerahkan beg kepada tukang tilik untuk disembahyangkan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Mangsa, menurut Azman lagi, turut dinasihatkan untuk membuka beg tersebut sebulan selepas ritual sembahyang dijalankan.
Sekembali di rumah dan selepas beberapa hari berasa sangsi akan ritual tersebut, wanita itu kemudiannya membuka beg tersebut dan mendapati wang yang dimasukkan ke dalam beg telah lesap.
“Ketika itulah mangsa sedar bahawa dia telah menjadi mangsa penipuan,” kata Azman lagi.
Terdahulu, seorang warga emas berusia 80 tahun di Miri turut tertipu oleh sekumpulan tukang tilik yang mendakwa dapat membuang nasib malang mangsa.
Mangsa telah kerugian RM30,000.
Polis Sarawak tidak menolak kemungkinan pelaku adalah daripada sindiket yang sama.
Susulan kejadian tersebut, Polis Sibu giat memburu saspek.
Azman sekali lagi menasihatkan orang ramai agar tidak mudah tertipu dengan ramalan tukang tilik nasib yang boleh membawa kemudaratan serta kerugian kepada mereka sendiri.
Devonshire Sikem
Wed Jun 28 2023
Azman menasihatkan orang ramai agar tidak mudah tertipu dengan ramalan tukang tilik nasib yang boleh membawa kemudaratan serta kerugian kepada mereka sendiri. - Foto Astro AWANI
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Warga emas rugi RM1.2 juta diperdaya 'sharebooster'
Mangsa dijanjikan bahawa skim tersebut memberikan pulangan yang lebih tinggi berbanding institusi kewangan lain.
Peniaga warga emas rugi lebih RM130,000 terperdaya pelaburan bitcoin
Mangsa telah menyertai pelaburan itu serta belajar mengenai pelaburan bitcoin daripada individu dikenali sebagai Small Strawberry secara dalam talian.
Warga emas kerugian RM228,000 terperdaya pelaburan kripto
Mangsa dimasukkan ke dalam kumpulan Telegram oleh seorang individu dan terpengaruh untuk menyertai pelaburan mata wang digital kripto.
Peniaga makanan warga emas lesap RM231,792 diperdaya 'tukang tilik'
Seorang warga emas kerugian RM231,792 gara-gara terpedaya dengan ramalan tiga individu yang mengaku tukang tilik nasib.