awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Selamat Tahun Baharu belia Malaysia
Kes tembak Durian Tunggal: Rakaman audio dihantar ke CyberSecurity, 45 rakaman percakapan - Polis
China haramkan pemegang pintu kereta tersembunyi bermula 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga maut tercampak keluar dari kereta

Sinar Harian
Sinar Harian
15/05/2021
05:55 MYT
Peniaga maut tercampak keluar dari kereta
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 44 Jalan Muar-Segamat, dekat sini pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
TANGKAK: Seorang peniaga maut selepas tercampak keluar dari kereta yang dipandunya dalam kemalangan di Kilometer 44 Jalan Muar-Segamat, dekat sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Mohd Fadhil Minhat berkata, kemalangan pada jam 5.21 pagi itu dipercayai berlaku ketika Tan Zi Ang, 30, memandu kereta jenis Honda Civic terbabas dan hilang kawalan, lapor Sinar Harian pada Sabtu.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa memandu dari Kebun Baru dan mahu pulang ke Tangkak.
"Ketika sampai di tempat kejadian, kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri sebelum terpelanting kira-kira 50 meter dari jalan utama dan masuk ke kawasan kebun sawit.
"Mangsa yang beralamat di Kebun Baru, Jementah, Segamat cedera parah di bahagian kepala dan badan serta dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.
Mohd Fadhil memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.
Menurut Ketua Operasinya, Penguasa Bomba Kanan II Izwan Mohamad, mangsa tersepit dalam kenderaan dan anggota bomba mengeluarkan pemandu itu dengan menggunakan peralatan khas.
"Mayat mangsa diserahkan kepada pegawai perubatan dan operasi tamat pada jam 5.59 pagi," katanya dalam satu kenyataan.
Topic Berkaitan
#tercampak keluar
#kemalangan Tangkak
#Ketua Polis Daerah Tangkak
#Superintenden Mohd Fadhil Minhat
#maut
#kemalangan
#meninggal dunia
#bomba
#mayat
#mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan