KUALA LUMPUR : Isu kekurangan bekalan minyak masak peket masih menjadi keluhan peniaga runcit berdasarkan tinjauan di beberapa premis di sekitar ibu kota.
Malah peniaga sendiri mendakwa, bekalan yang ada hanya mampu menampung penggunaan untuk tempoh sehari.
Pemerhatian Astro AWANI mendapati, ruangan untuk menempatkan bekalan minyak masak peket sememangnya kosong.
Menurut seorang peniaga runcit, Khairul Azmi, masalah itu telah berlarutan selama dua bulan selain pengguna turut mengeluh berhubung kekurangan barangan keperluan asas itu.
“Sejak dari isu kekurangan telur lagi minyak masak peket memang putus dan kita memang ada buat pesanan tetapi pembekal maklum bekalan memang tiada.
“Kalau dulu kita boleh pesan 30 karton bekalan tetapi sekarang nak dapat satu kotak pun memang susah,” katanya ketika ditemui pada Ahad.
Sementara itu, permasalahan sama turut disuarakan seorang lagi peniaga runcit, Mohd Amirul Aizad yang menyatakan terpaksa mendapatkan sendiri bekalan daripada pemborong meskipun mempunyai had yang ditetapkan.
“Kita nak pergi borong pun memang dia perlu tengok kita punya lesen… sebab kedai saya hanya terhad untuk 17 kilogram, memang boleh dapat tetapi tak boleh nak bertahan lama.
“Jadi bila kita datang lagi untuk ambil bekalan memang kebanyakannya tiada stok jadi susah untuk pengguna nak buat pembelian.
“Penggunaan satu kotak pun hanya cukup untuk tampung penjualan untuk sehari sahaja,” katanya lagi.
Dalam pada itu, tinjauan juga dibuat di beberapa buah pasar raya di sekitar Kuala Lumpur, bagaimanapun, tidak timbul sebarang isu kekurangan.
Permintaan yang tinggi membuatkan bekalan cepat menyusut namun pihak pasar raya tidak berdepan sebarang kesukaran untuk mendapatkan bekalan dalam tempoh yang singkat.
Sebelum ini, kerajaan menyatakan bekalan minyak masak peket tidak mengalami sebarang gangguan bekalan yang kritikal.
Sebaliknya, kekurangan yang berlaku hanya melibatkan beberapa kawasan terpencil selain aduan yang diterima secara terus oleh pihak pengadu.
Hilmi Malik
Sun Jan 29 2023
Isu kekurangan bekalan minyak masak peket masih menjadi keluhan peniaga runcit berdasarkan tinjauan di beberapa premis di sekitar ibu kota. - Gambar hiasan/Astro AWANI
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
870 peket minyak masak disita, simpan melebihi had ditetapkan
Serbuan dilakukan kira-kira pukul 1.30 petang setelah menerima aduan awam yang mendakwa terdapat aktiviti penjualan minyak masak peket secara borong.
KPDN Pulau Pinang rampas gula, minyak masak dan tepung gandum bernilai RM80,500
KPDN Pulau Pinang menggagalkan cubaan menyeleweng pelbagai barangan kawalan dan bersubsidi dalam serbuan di sebuah gudang di Bukit Mertajam.
11 lelaki Indonesia mengaku salah miliki 4,000 kg minyak masak
Sebelas lelaki warga Indonesia mengaku bersalah memiliki bahan kawalan berjadual iaitu minyak masak sebanyak 4,000 kilogram tanpa lesen sah.
KPDN Kulim sita 222 kg minyak masak peket
KPDN Kulim menyita 222 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi yang dipercayai 'disorokkan' di sebuah premis di Taman Makmur dekat Kulim, semalam.
Minyak masak peket: Audit di peringkat akhir, ambil kira langkah penambahbaikan - Armizan
Proses audit turut membabitkan penilaian terhadap beberapa langkah penambahbaikan bagi memastikan subsidi sampai ke kumpulan sasaran.
Peniaga warga asing sorok minyak masak peket, jual kepada orang luar sahaja
Tindakan penyamaran oleh penguat kuasa KPDN bongkar aktiviti menyorok minyak masak bersubsidi.
Pasar raya diserbu simpan minyak masak bersubsidi lebih had
Bahan kawalan itu juga dipercayai dijual kepada pekerja asing pada harga lebih mahal bagi mengaut keuntungan.
Hanya yang ada ID khas boleh beli minyak masak peket tahun depan - Fuziah
Ini bagi memastikan ia disasarkan kepada yang memerlukan dan tidak berlaku penjualan kepada yang tidak layak.
Dakwaan minyak masak peket hanya dijual kepada warga asing adalah salah faham - KPDN
KPDN memaklumkan, pasar raya itu telah hadkan pembelian maksimum hanya tiga peket sahaja bagi setiap transaksi.
Peniaga runcit masih tersepit isu kekurangan bekalan minyak masak peket
Isu kekurangan bekalan minyak masak peket masih menjadi keluhan peniaga runcit berdasarkan tinjauan di beberapa premis di sekitar ibu kota.