TEMERLOH: Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah di sebuah rumah di Taman Keladan Baiduri di sini pada Rabu.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Temerloh, Abdul Razak Yahaya berkata, susulan penahanan wanita berusia 31 tahun itu, pihaknya turut merampas sejumlah beg tangan tiruan dianggarkan bernilai RM1,000.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati premis tersebut merupakan rumah kediaman yang dijadikan pusat jualan dan stor bagi penyimpanan produk tiruan menggunakan salah satu cap dagangan terkenal di pasaran.
"Berdasarkan maklumat awal, peniaga terbabit dipercayai menjual produk tiruan berjenama terpakai yang diperoleh daripada penjual di media sosial.
"Dia kemudian menjual kembali barangan tersebut secara dalam talian dengan harga sekitar RM70 bergantung kepada keadaan, saiz dan bentuk produk," katanya melalui kenyataan pada Khamis.
Abdul Razak berkata, barangan tiruan yang dirampas telah disita untuk siasatan lanjut bawah Akta Cap Dagangan 2019.
"KPDN memberi amaran kepada peniaga supaya tidak melakukan aktiviti produk yang menyalahi undang-undang.
"Mana-mana pihak yang didapati melakukan pelanggaran undang-undang bawah Akta Cap Dagangan 2019 berdepan hukuman denda sehingga RM10,000 bagi setiap unit barangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali," jelasnya.
Tambah beliau, bagi syarikat denda dikenakan sehingga RM15,000 bagi setiap unit barangan.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Apr 25 2024
Anggota penguat kuasa KPDN Temerloh melakukan pemeriksaan ke atas rumah yang dijadikan pusat jualan dan stor bagi penyimpanan produk tiruan di Taman Keladan Baiduri di Temerloh pada Rabu.
Inflasi April Malaysia kekal pada 1.8 peratus bagi bulan ketiga berturut-turut - DOSM
Mata indeks mencatatkan 132.4 berbanding 130.0 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Kadar harga dinaikkan, kontraktor perlu buat kerja sempurna - Nanta
Kenaikan jadual kadar harga tersebut telah diluluskan baru-baru ini setelah tiada semakan semula selama 10 tahun.
Cadangan penggabungan SME Bank, BPMB, Exim Bank perlu dihentikan - Veteran UMNO
Mustapa berpandangan penggabungan tersebut juga bakal menyaksikan proses pengurangan kakitangan, yang mana lebih 95 peratus kakitangan terdiri daripada orang-orang Melayu dan Bumiputera.
'Alhamdulillah, sekarang duduk di hospital makin sihat' - Yasin
Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman merasakan dirinya semakin sihat sejak menerima rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
Saluran Malaysia4Palestine ketengah krisis kemanusiaan di Palestin
Rakyat Malaysia boleh menyumbang ke AAKRP melalui saluran sementara selama 24 jam, bermula 12 tengah hari, 25 Mei di Astro, sooka dan RTM.
Saman AS$346 juta 1MDB: Rosmah perlu fail pernyataan pembelaan sebelum 4 Julai
Datin Seri Rosmah Mansor perlu memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman US$346 juta yang difailkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 10 syarikat lain berhubung pembelian barangan mewa
Ibu bapa perlu elak cium mulut anak - Pakar psikologi
Ibu bapa perlu mengelakkan diri daripada perbuatan mencium mulut anak meskipun sebagai cara menzahirkan kasih sayang.
Isteri mengaku tidak salah cuba racun suami, mentua
Isteri pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan cubaan meracun suami dan ibu mertuanya lima tahun lalu
Balai polis terpencil akan dipasang CCTV, lampu limpah
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertingkatkan tahao keselamatan balai-balai terperincil dengan memasang CCTV dan pencahayaan susulan serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang mengakibatkan dua anggota terbunuh.
Polis siasat motif, kaitan serangan terhadap tiga pemain bola sepak kebangsaan
Razarudin berkata, adalah terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan memandangkan polis masih lagi mengumpul keterangan.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.